'Sila cuba lagi'

salam.



aku punya la tengah fokus dok siapkan assignment. tiba2 aku terdengar orang mengeluh. punya la kuat. aku pun toleh. oh..cik Ungu (cu) rupanya. dia kawan baik aku. sebab tu die ada dalam header. hehe ;)

aku: kenapa cik ungu? cam ada masalah je.

cu:: memang pun. melambak-lambak masalahnya. tension la.

aku: cer citer..cer citer.mana tau aku boleh tambah masalah ko.err..boleh tolong ko.

cik ungu dengan nada sedih lagi sayu tahap drama hindustan pun mula la berhikayat. 
rupa2nya cik ungu punya markah test punya la teruk padahal cik ungu ni rajin tahap gila la study.

aku:ala..ko ni.lek lu..huhu (kejam sungguh aku).

cu: malang doh nasib aku. apa yang aku buat semua tak jadi. padahal cam nak mati tau aku buat. aku pun tak tau napa malang sangat aku ni (sambil menghembus hingus kat hujung lengan baju).

aku:ala ko ni..small the matter. ko kena la usaha lagi. gagal sekali tak kan selamanya gagal. at least ko dah berusaha kan. ko tak ingat ape ostad cakap? ko kena la banyak sabar. 

cu: aku tau. tapi banyak kali kan dah cuba.

aku: meh dok sini (sambil tepuk katil). ko kena ingat. apa yang berlaku ada hikmahnya. mungkin ko rasa apa yang ko dah buat tu dah cukup bagus. tapi mungkin tak pada pandangan ALLAH. atau mungkin ada silap kat mana2 yang ko tak nampak. mungkin jugak ALLAH nak uji ko. nak ko berusaha lagi. tak baik tau cakap diri ko malang. ALLAH dah tau apa yang terbaik untuk ko. takkan DIA saja2 nak aniaya ko. mesti ada sebab. apa yang berlaku tu ada sebab.ko paham tak ni?

Cik Ungu terangguk angguk sambil menunduk.

aku: hah..kalo cam tu aku nak bagi tau good news.

cu: apa die? (terlompat -lompat cam budak terencat akal. kartun betul).

aku:emm..aku dapat hadiah tadi. ada orang bagi. meh tengok sini. aku dulu mana la bernasib baik senang2 orang nak bagi hadiah. sekarang selalu je (muka riak). rezeki..mana tau kan..

...........

>>kitorang saling tampar menampar lepas tu. cik ungu tak sedih2 dah. aku bagi jampi serapah bagai. hehehehe...


ps: thanks kalo ada yang baca abes. sori panjang la pulak ;)



 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

5 rajin komen:

Unknown said...[Reply to comment]

nak jadi pakar motivasi yea eera ^-^

Sunah Sakura said...[Reply to comment]

ehehe..tahniah ye dapat hadiah~ cu jangan sedih2...usaha lagi~

AmirFX said...[Reply to comment]

CU usah sedih2 lagi yerr.. Esok lusa mungkin harimu... Nasib ada si Eera temankan time kesusahan.. Ada gak bagi nasihat percuma...

aamalinaazman said...[Reply to comment]

weeee
bagus die niiii
bagi kawan die hepi2 kan =]

Eera Shera said...[Reply to comment]

pakar tak bertauliah..haha