Tips: Rambut sihat


Guna jari pun boleh....kali ni aku nak share beberapa tips penjagaan rambut dan kulit kepala. Nak feeling2 jadi pakar penjagaan rambut dan kulit kepala. Hehehe..

Rambut berasal dari protein. Kena la makan makanan yang banyak protein. Nak jaga kulit kepala pulak, buah avokado, minyak ikan dan kekacang boleh membantu.

Cara bersyampu kena betul. Guna hujung jari, bukan dengan kuku. Kuku akan bagi calar kulit kepala dan membuka pori kulit menyebabkan lebih banyak minyak dikeluarkan. Nanti bertukar jadi orang minyak.

Bagi yang bertudung, gunakan tudung atau selendang yang dibuat dari kapas. Biar kulit kepala tak lemas. Maksudnya, kulit kepala pun nak bernafas jugak.

Jangan sikat rambut yang kusut. rambut akan putus. Masa rambut basah jugak, jangan sikat. Biar lah rambut tu kering dulu.

Untuk yang bertudung, jangan terus pakai tudung masa rambut masih basah.

Hujung rambut biasanya kusut. gunakan perapi untuk menyuburkan hujung rambut.

Guna perapi pun ada caranya. Urut dari tengah sampai hujung rambut. Elakkan terkena kulit kepala. Kang berminyak kepalo ekau jang. 

 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

5 rajin komen:

AmirFX said...[Reply to comment]

Jaga misai dan janggut boleh pakai juga ker tips nie?!

Miss Kagimoto said...[Reply to comment]

nice tips !
tq share :)

jom singgah my entry :))
http://giragiraromantic.blogspot.com/2011/11/giveawayy-soon.html

ctk said...[Reply to comment]

wah...boley guna tips neh...trime kasih..
ct suka pkai tudung time rmbut basah..
terpkse..nk cepat..huhu..

Si qusowt said...[Reply to comment]

huhu..tips yg bgus...tips tok nk lurus rambut ade x?hehe

Eera Shera said...[Reply to comment]

amirfx, kitak la kasi tips misai dan janggut pulak..haha.. kalo kamek buat pelik pulak

ctk, cer len kali jgn buat lg yek..

qusowt, nak lurus rambut iron je..hihi