kata2 ni diambil dari novel Pei Pan, Ramlee Awang Murshid. penah bace? sedap gak cite ni. suspen tak hengat.
Pei pan (bahasa mandarin) maksudnya pengkhianatan dalam perniagaan. geram doh bace cite ni...grr
jalan cerita secara ringkas:Dato' Karim (ye ke ni nama dia) dituduh membunuh isteri dan pekerjanya yang dikatakan mengkhianatinye. kiranya isteri dia curang la. kawan baik dan merangkap peguam dia, Bakri cuba melepaskan dia dari hukuman gantung sampai mati.
Dato' tu akhirnya dihukum penjara selama 15 tahun. dalam penjaralah dia berubah jadi lelaki yang baik. dia memang baik pun cuma dia jenis yang meringankan bab agama. tak solat, minum arak.
kisah dalam penjara ni best sebab penulis bagi gambaran kehidupan banduan kat dalam tu. tu pun kalo korang berminat la. aku memang layan je. kan dulu penah becite2 nak jadi loyer. akhirnye jadi loyer buruk je la mampu ;p (Budak Penjara mesti tau dah ni)
dalam penjara la si Karim mula insaf. dia dah muflis. syarikat dia diambil alih Harun, adik ipar dia. dia rasa bersalah kat 3 orang anak dia yang dijaga mak ayah mertua dia (dari isteri pertama). yang dituduh bunuh tu isteri kedua. isteri petama dah lama meninggal.
agak sedih la bila dia teringat kan wife petama dia. ada jugak cite kisah hidup dia yang lampau. sangat2 susah. dan arwah isteri dia sangat la baik. selalu ingatkan die suruh solat. lepas isteri dia meninggal hidup die jadi huru hara.
panjang lagi la cerita dia. betul ke Dato' Karim bersalah bunuh isteri dia? siapa sebenarnya dalang disebalik semuanye? makin sampai ke hujung makin tak boleh nak letak novel tu. huu...
pengajaran:manusia sanggup berbunuh sebab harta. harta kalau dipuja, jadi kawan setan la jawabnya. semangat Karim harus dipuji sebab bukan calang2 orang yang mampu bangkit selepas jatuh tersungkur. aku kagum la ngan si Karim ni.
>>mangai susahnya nak buat ringkasan cite. belum lagi buat novel sebijik. ngaaaa...
ps: aku mungkin masih di Setiu. alang2 tu merayap pi Kelantan boleh tak..haha..ok bukan aku yang drive ;p
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^
15 rajin komen:
baca review eera ni pun dah saspen.best ni
manusia diibaratkn seperti lalat? hmm menarik
tak baik berkhianat sesama sendiri..baik berusaha sendiri...kan..kan..
eera kena tag...=]
huhuhu cer wat cerpen sndri..CK nak bace :)
macam menarik je jalan cerita dia. rasa nak cari pulak novel ni. =)
aku dalam bidang guru ni pon dh rasa serabut sebab guru sama guru bergaduh, khianat dan dengki utk rebutkan nama dan pangkat..sial betul
macam pernah dengar "pei pan" tu..
kalau nak nampak mereka hebat...mereka suka buat cara macam nie...kesian pada mereka..hati dah rosak dan busuk...
er.. macam pernah baca... tajuk dia 'satu hari di bulan november' ke? jln crita lebih kurang mcm tu.. x ingat sapa tulis. beli novel tu tahun 2005.. novel tu pun ntah gi mana x tau..
@cik Kartun buat cerpen..nak biat entry punye intro pun dah pening..haha
@budak penjara oh ade ek..cemana la nak didik anak bangsa kalo dorang pun tak mampu didik diri sendiri... haih
@Nong Andy tajuk die pei pan la..mungkin cite2 mcm ni kan bese dah dengar
Tak pernah baca lagi buku nie.. Macam best...
beb, ko ada ker buku nieyh?? nk pinjam..
:)
Post a Comment