Jejak terakhir

Kata orang,

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu.

Alhamdulillah, aku dapat kerja baru. Walaupun masih bukan bidang yang sama dengan qualification degree aku, tapi lebih baik sikit dari sekarang. Gaji tak la seberapa tapi boleh la untuk diri sendiri dan famili sikit.

Selain nak mencari gaji lebih, sebenarnya nak cari pengalaman. Banyak la benda boleh ditulis dalam resume nanti hihi. Setahun lebih dah graduate, penat dah cari kerja sana sini.

14.1.2014, hari yang sama orang sambut Maulidur Rasul, merupakan hari terakhir aku di tempat lama. Terharu sangat sampai ada yg beli kan Secret Recipe untuk kita ni heee... Ada la Majlis Perpisahan yang disambut dengan sederhana. Bos pun ada. 

Kek tu surprise dari si cantik manis Wani, anak bos. Cukup untuk membuatkan aku terharu gila-gila. Rasa dihargai. Mihmih :D

Aku harap akan berjumpa lagi seorang ketua yang baik macam bos aku ni. Moga Tuhan melindungi beliau dan keluarga selalu. Ahh dia pun bukan asing bagi aku dan famili. Masa aku sekolah lagi keluarga kami rapat.

Terima kasih semua. Setahun lebih dengan korang memang sangat membahagiakan. Panjang umur kita jumpa lagi. InsyaAllah.


Berat mata mu menghantar langkahku,
lagi berat dada ku mahu menanggung rindu.