-gambar hiasan-
Jangan sombong!
Rasa diri lebih hebat dari orang lain,
perasan cantik, bangga tayang baju cantik dan mahal yang melekat kat badan yang
sasa atau ramping tu. Sikap sombong ni boleh tengok dari segi gaya berjalan,
atau pun gayanya mungkin bersahaja tetapi hatinya angkuh, muka pandang ke atas,
mata jeling kiri kanan..macam-macam la.
‘Dan janganlah engkau memalingkan mukamu
(kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di Bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang
yang sombong takbur, lagi membanggakan diri’. – (Surah Luqman, 18)
Berjalanlah dengan sikap dan gaya yang
merendah diri.
Bertenaga!
Para sahabat berkata, Rasulullah berjalan
dengan sedikit laju, seolah-olah sedang turun bukit padahal jalan adalah
mendatar. Cara berjalan seperti ini menunjukkan Baginda orang yang bertenaga,
bersemangat, bermotivasi dan berani. Merupakan cara senaman yang baik untuk
semua organ dan tubuh badan.
Sesekali tak beralas kaki
Islam menganjurkan kita sekali-sekala
berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya dapat mengingatkan kita pada orang
yang susah dan bersyukur atas nikmat yang dimiliki. Sekali-sekala berkaki ayam
dapat merendahkan diri dan menyederhanakan gaya hidup.
Perempuan berjalan di tepi
Perempuan berjalan di tepi lorong. Ini
mampu mengelakkan perlanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dari
kaum lelaki yang biasanya berjalan di tengah lorong.
Pesan Rasulullah, “Bahagian tengah lorong
bukan untuk kaum wanita”.
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^
5 rajin komen:
tp da ramai pempuan jalan tgh2
ok..sis..dun sombong..=]hehehe
aku bjalan perlahan je.. sederhana r kot..
Aaaa... Pengsan.. haha..
jalan dengan bergaya? tak perlu la kan
Post a Comment