Tips: 10 cara pilih tudung yang sesuai

comelnye la dia ni..

>>Pilih tudung daripada fabrik yang sesuai seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet dan laycra.

>>Kalau memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju yang berwarna garang dan polos.

>>Kalau pakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung dari warna yang paling sikit di baju yang dipakai.  

>>Bagi yang berkulit kuning langsat, pakai tudung dari warna biru, lavender dan pink. Elakkan warna hijau dan kuning supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berkulit putih, pilih tudung yang berwarna hijau, ungu dan lavender untuk nampak lebih segar. Elakkan warna pink supaya tak nampak pucat.

>>Bagi yang berkulit sawo matang, pilih tudung warna hijau dan kuning supaya nampak lebih cerah. Elakkan warna kelabu gelap supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berwajah bulat, pilih tudung yang bercorak kecil dan tak penuh supaya muka tak nampak penuh dan tak terurus.

>>Untuk tampil lembut, ceria dan  berkeyakinan, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah.

>>Tudung yang berwarna gelap dan kusam akan membuat si pemakai lebih berusia dari umur sebenar.

>>Elakkan pakai tudung yang sedondon dengan warna baju.

ps: yang penting nawaitu ;)

8 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

amboi engko.perunding fesyen

Iffah Afeefah said...[Reply to comment]

ermm skng pakai ekin je

xde ati nk pesen2

cinnamon.com said...[Reply to comment]

boleh jual tudung lps ni..

cik Kartun said...[Reply to comment]

huhuhu nice tips..^^,

Saiazuan said...[Reply to comment]

pilih songkok plak? heheh

Dylla Abas said...[Reply to comment]

terima kasih atas tips ni.amat diperlukan untuk orang seperti sy yg baru nak belajar pakai tudung ni :)

Eera Shera said...[Reply to comment]

pilih songkok pun nak tips ke..haha..pilih la yg muat kat kepala tu..

a ah pakai tudung ekin lg senang kan

♛ dja sukhri said...[Reply to comment]

wah. terima kasih atas info ini.. :)