Kau kawan ke lawan?!

salam.


siapa tak sayang kawan?kawan masa susah senang.kawan masa ketawa dan nangis. tapi berapa ramai yang dapat kawan sejati. dan berapa ramai juga yang dikhianati kawan sendiri?


sebab salah faham, tak boleh tolak ansur, dengki, buruk sangka..akhirnya kawan jadi lawan. 


tikam belakang ni biasa je jadikan. well..depan nampak baik.konon macam malaikat. tapi belakang macam seth tan.eh, seth tan?? 


so, hati2 la pilih kawan. kata orang, kawan ni macam cermin untuk kita. kalau nak tau kita cam ne, tengok kawan kita tu. eh..kawan aku semua baik2 tau :p


kawan yang baik, akan bagi pengaruh yang baik untuk kita. akan bagi keuntungan untuk kita. tapi kawan yang buruk perangainya, akan menyusahkan kita pulak. macam hadis ni :

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

cari kawan yang macam ni hah :

sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

sepak je dia!hehe

tinggalkan kawan yang macam ni..bikin somak hati kau jo! (keluar nogori den..hihi)

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

curik dari: sini





6 rajin komen:

abah khalisha said...[Reply to comment]

kawan yang makan kawan..mmg mangkuk ayun kan..setuju ke?

Gary Asip said...[Reply to comment]

gary nak jadi kawan yang baik!!! ngeeee....

Eera Shera said...[Reply to comment]

abah khalisha: hehe..setuju.

gary: gary kan kwn yg baik sbb tu la spongebob syg =)

syarifahsidrus said...[Reply to comment]

kena ubah diri sendiri dulu jadi sahabat yang baik, baru boleh dapat sahabat yang baik :)

Golden Rose said...[Reply to comment]

betul tu....kawan yang baik susah dicari tapi kawan yang jahat selalu sgt kita jumpa

Eera Shera said...[Reply to comment]

syarifahsidrus, betul.kalo nak kwn yg baik kena jd baik la kan

golden rose, yg jht mmg bersepah..hehe