Salam.
Aku nak
cerita pasal satu benda ni.dah lama sebenarnya aku nak cerita tapi tak yakin
la.benda ni serius.bukan main2 punya. Isu ni timbul bila aku dok melepak kat
KFC bersama Ain dan Kak Sashi. So, timbul rasa nak share benda ni.kalau ada
salah mana2, mintak betulkan (tengok ayat aku pun ketat jek).
Apa yang
kitorang borakkan adalah isu lelaki dan perempuan.cinta.kahwin.bosan.kaki
pukul.curang.penipu.baran.cerai. isu yang biasa kita dengar kan?aku ngan ain
cerita dekat kak Sashi (untuk pengetahuan, dia ni Indian) pasal isu rumah
tangga yang kitorang selalu dengar dan baca.cerai masa muda.pasangan berubah
lepas kahwin.tackle bagai nak rak. Dah dapat dibuangnya. Hakikat kan. Tak
pasal2 kak sashi takut nak kawin pulak. Aku bukan nak takutkan dia tapi benda ni
kenyataan kan. Ok apa yang buat dia tertanya-tanya dan rasanya kebanyakkan
orang pun terfikir jugakkan. kenapa
pasangan kita berubah selepas kawin?hehe..tiba2 teringat satu motivasi ni. Dia cakap sebelum kahwin macam musang
berbulu ayam. malu2 kucing. Lepas kawin musang dah keluar bulu musang. Merepek
pulak dah.
Ok kenapa
lelaki or pompuan tu berubah lepas kawin.dulu romantik macam Seth tan, lembut
macam Nora Elena. Lepas kawin jadi Hitler pulak (macam melampau je perbandingan
ni). Aku tak layak la cakap pasal ni. Tak pernah kawin lagi.diulang tak
pernah.heh…tapi pendapat aku, semua ni bergantung pada keberkatan dalam
pernikahan. Keberkatan dalam hidup. Macam ni la. Apa korang buat sebelum kawin?
Ada tak hubungan korang dicemari maksiat? Keluar berdua?pegang2?lebihkan macam
diala segalanya. Cinta mati (boleh bawak mati wo). Ok tu masa bercinta, then nak
kawin. Majlis kawin macam mana? Hantaran puluh2 ribu. Majlis yang gempak ala2
Prince William ngan Kate Middleton walaupun kau tak mampu. Mana berkatnya?
Mulianya wanita itu bila rendah maharnya. So, nak berkat buat la yang
sederhana. Islam tu mudahkan.
ustaz Kazim cakap pegang babi tak haram,
pegang ajnabi yang haram.hehe..
Well, kalau
kita ikot cara yang baik, InsyaALLAH ALLAH akan beri yang terbaik. Trust HIM.
Ni masa bercinta macam2 dah bagi kat si dia. Lepas kawin,
dia pun bosan, apa yang nikmatnya bila dah biasa sentuh dia tu. Bila kena
tinggal mula la frust tergolek golek. Aku dah bosan la bila ada yang tanya,
|
‘ Dia dah tinggalkan aku.dia tak
angkat fon. Dia ada orang lain. Dia dah bosan ngan aku.’
Well,
nasihat aku satu je. Cari lain.haha.. tau apa dorang jawab, ‘Aku sayang gila kat dia’. Hello…baik tak yah
tanya aku.melutut je la kat kaki dia tu.cakap apa pun tak guna kalau hati tu
dah buta. See…sebelum kawin dah serah segalanya. Tiap masa bergayut.dating.
texting.then kawin.bosan kan.BOSAN.muka yang sama je.dulu tiap hari jumpa.dah
kawin lagi la.bila bosan, cari lain. Dah kena tinggalkan....
Ok aku ringkaskan. Bila pernikahan tu tak ada
keberkatan, dicemari dengan maksiat, mungkin tu sebabnya rumahtangga tu tak
bahagia.tak pun susah nak bahagia. Mungkin jugak sebab lemahnya pegangan agama,
ilmu rumah tangga. Pendapat aku, sebelum cari pasangan tu, cuba betulkan diri
sendiri. Berubah jadi yang baik untuk dapatkan pasangan yang baik. Jangan lupa
doa mintak jodoh yang baik. usaha + doa. Kalau dah ada pasangan tu, cuba la
jugak jadi baik dan ajak si dia sama2 berubah. Tinggalkan maksiat.Baru boleh
jadi suami, isteri yang baik. Bukan untuk pasangan tu je, tapi keberkatan ni
affect keturunan jugak.benih yang baik dari baka yang baik kan?? Baru la aman+
bahagia. dah jumpa yang sesuai, kawin jek.kalau takut hanyut ngan nafsu, kawin kan lebih baik.
ALLAH akan pelihara kamu berdua bila kamu pelihara agamanya. Tak mau pegang2.tak mau baby sebelom
nikah okeh. Mulakan segalanya dengan asas yang baik. Macam Ustaz Kazim Elias ada cakap. Sebelum
kawin, tengok dulu dia macam mana.rasa sesuai tunang. Tak sesuai putus je. Kawin buatla sederhana.
Nak belayar
kat laut dalam kan.kapal kena hebat la. Cukup keperluan, kemudahan, bekalan. Kapten
ngan anak kapal kena mahir jugak.tak ada ilmu pelayaran cam na nak belayar?kang
tenggelam kat tengah laut.
Maapkan aku
kalau aku salah.ni pendapat aku berdasarkan ilmu yang cetek ni kan. Siapalah
aku nak cakap sesedap rasa jek. Takut nak cakap isu agama ni. Mohon maap sekali
lagi. Entry ni tak menyalahkan pihak laki or pompoan.lu pikirla sendiri :p
tengok sini.banyak ilmu boleh dapat. syahirul.com
5 rajin komen:
better brcinta pas kawin.. ;)
zuan, setuju =)
ustajah nak sainnn
hehe bgusla entry ni
no baby before married
nk kapal x? hehe http://ninjatoes.wordpress.com/2004/08/06/one-piece-going-merry/
gambatte ;D
MR, ustajah x bertauliah..haha
Post a Comment