Ultraman Bakau boleh tolong Malaysia kalau TSUNAMI melanda

salam semua. tiga hari dah tak bukak blog. berhabuk sikit. tak apa dah vakum tadi..hehe.. dua hari yang lepas aku attending Seminar Kebangsaan Bakau kat FRIM, Kepong. macam2 ilmu la aku dapat walaupun masa tu tersengguk-sengguk jugak la kan.eh..bukan ngantuk la.tu angguk paham...paham..paham.. talk tu disampaikan oleh beberapa pegawai penyelidik FRIM. fuhh..dorang memang hebat la. banyak ilmu di dada. hehe.. semuanya present pasal kajian yang dorang buat tentang hutan persisiran pantai. yang paling best masa Q & A. soalan dorang memang power la.dan yang sampaikan talk tu pun boleh jawab ngan baik. dorang ada yang berpangkat doktor, profesor, Dato' pun ada. bangga la dapat jumpa saintis2 yang hebat ni.

seminar ni berlangsung selama dua hari, 7 dan 8 jun. selain dari talk yang best tu, ada lagi yang lagiiii best. makanan...haha..makanan yang dorang sediakan tersangat la lazat-lemak-berkrim-disukai-ramai-sehingga-menjilat-jari..hehe...makan free siapa tak suka. macam pi makan kenduri dua hari berturut-turut..hihi.

seminar ni nak bagi tau apa yang penyelidik dah buat bagi memulihara hutan bakau ni. actually this talk more to how to replanting mangrove tree la. means kalau salah tanam, hanyut la anak pokok tu. so no use la orang tanam panas2 berpeluh-peluh. korang mesti fikir, kejadahnya nak sibuk2 tanam pokok bakau ni. banyak sangat manfaat hutan pantai aka hutan paya ni kat kita semua.


  • pertahanan tepi pantai.kalau tsunami serang malaysia, tak payah dah panggil ultraman gaia ke, ultraman taro ke. ultraman bakau kan ada. tengok la akar dia. banyak kaki kan.haa..ultraman ada dua jek.hihi..
  • penyimpan karbon dioksida. yela tengok cuaca sekarang. panas gila kan. maybe ada yang kata, kenapa tak tanam pokok biasa jek..in fact, hutan paya serap karbon lagi tinggi berbanding hutan darat.
  • penampan ribut atau angin kuat. yela kalau angin serang, kena pokok dulu kan.hehe..
ultraman bakau siap membantu!


macam ni la rupa pokok bakau..

tak ramai kan yang tau pasal hutan bakau ni kan. maybe ada yang fikir..macam la tsunami nak serang malaysia. kejap..buang fikiran kotor tu. negara kita dah tak berapa selamat kan sekarang.iklim dunia dah tak menentu.kita bukan tau apa yang akan jadi nanti.so baik kita siap sedia kan.kalau jadi apa2 kat malaysia ni, bukan Boboiboy and the gang boleh tolong kan. ultraman mestilah tak. 

ni anak pokok bakau yang ditanam


jom kita jaga BUMI kita sama2 ek. kalau ada program memulihara alam ni, join la ek. seronok kan dapat berbakti untuk alam. siapa2 dah tau, boleh la sebar2 kan yek.sharing is caring. kalau nak tau lagi, tanya cik google je.

amaran keras: watak ultraman dalam entry ni hanya pinjaman sahaja. tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

p/s : kenapa aku sebut otromen je ek.aku tak minat pun.power rangers lagi best.  =)



0 rajin komen: