Pemandu pelancong ambil kesempatan

salam semua.

tadi aku keluar lunch, ngan bos aku kak sashi. kedai makan yang kitorang pergi tu, ada pelancong Jepun yang singgah makan. memang ramai la. dapat la aku jamu mata...hihihi..bila dorang nak balik, pemandu pelancong dorang, sorang pakcik berbangsa  Melayu nak bayar la makanan dorang. then, dia suruh pekerja kedai tu kirakan sekali makanan kitorang. perghh...bukan senang orang yang tak kenal nak belanja kita kan. memang rezeki aku hari ni... tu yang aku nak bagi tau. pemandu pelancong ambik kesempatan belanja kitorang..hehe :p

then, kitorang gi Pantai Bagan Lalang pulak. jumpa ngan pengurus chalet nak confirmkan certain thing untuk program ngan French School minggu depan. kak Arini, yang uruskan chalet tu sangat baik. dah la cun, cakap lembut gila lepas tu peramah pulak tu. even dia nampak busy gile sebab semua benda dia kena uruskan sorang tapi dia tak kisah layan kitorang ngan baik. pilihan mak mertua tu..this is best bro..hehe

lepas tu jumpa pulak abang yang uruskan bot kat jeti Sepang. abang Zaidi. abang tu memang baik. tak banyak kerenah. kak sashi memang puji gila cara kerja dia. soal duit dia memang tak pernah berkira even dia memang perrlukan duit. sapa tak nak duit..ceh

aku rasa bahagia je hari ni sebab jumpa ngan orang yang baik2. orang2 macam ni la rezeki dorang tak pernah putus walaupun kerja dorang cuma biasa2 jek. sorang pemandu pelancong, sorang pengurus chalet, sorang pengurus bot. hei...kerja biasa2 pun kalau rajin usaha boleh jadi luar biasa kan. tak ada yang mustahil kan. so, pengajarannya, bila korang buat baik korang akan dapat balasan yang baik jugak. what you give you get back kan (betul ke falsampah ni).. so lepas ni jangan berkira sangat tahap taik hidung masin kalau nak buat baik.


what goes around, comes around...

renung2 kan dan selamat beramal.

p/s: perasan tak header baru yang hodoh tu? percubaan pertama..hahaa..lantak la


6 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

ko reti cakap perancis ke..

aizamia3 said...[Reply to comment]

rezeki jangan ditolak, kalau ditolak laparlah perut.. hikhikhik..

Ums Niza said...[Reply to comment]

Tajuk yang mengelirukan...hehehe...apapun rezeki korang...

tia @ Ini Kisah Tia said...[Reply to comment]

huish , tajuk entri dah gempak tuh . hahaa :)

Nizam Ijam said...[Reply to comment]

Entry yang best..

”Cara Tinggal LINK di Comment”

hearthurtnomore said...[Reply to comment]

ko lupe ke,,ad lg sorg budak baek ko x mention...sbb die cuti mase tuh...kih3...