Macam mana nak buat blog lebih menarik?

salam.

setelah lelah dan berpeluh- peluh berjogging dari blog ke blog, saja la nak ceciter cinta sikit.

1. header
    - kebanyakan blog punya header yang menarik (ya aku punya biasa je kan tapi aku suka sebab kawan aku yang buat..hehe). header tu penting kan sebab nak menarik orang terjah sesuatu blog tu.  tapi ada jugak blog yang best tapi header dorang bese2 jek. ala..macam pepatah don't judge a book by it's cover. header biasa tapi entry menarik.persoalannya sekarang, penting tak header??

2. entry
    - blogger yang hebat, entry dorang pendek, simple tapi sangat menarik. kalau dorang cerita pasal diri sendiri pun, tetap menarik. kenapa ek? apa resepi rahsia dorang?hehe.. kalau la aku boleh jadi macam tu..

3. widget
   - kalau tengok blog  yang best2, tak ada pun widget yang ikut je cursor kita ni. ada tu pulak, terlalu banyak sampai nak baca entry pun susah sebab widget tu mengganggu pandangan.  perlu ke widget?

4. lagu
  - banyak jugak la blog yang pasang lagu then autoplay pulak tu. dulu aku pernah letak tapi ada seorang blogger yang tegur aku buang je lagu tu sebab menganggu. music player, tak penting kot.

5. segmen
  - kalau buat segmen mesti ramai yang terjah blog tu. blogger yang buat segmen makin fofular dan yang join pulak boleh tambah kenalan. aku pun suka join. segmen boleh promote blog kan? setuju tak?

6. komen
  - ramai follower tapi tak banyak pun dapat komen. kenapa ek? mungkin ramai yang silent reader. mungkin jugak entry tak menarik. macam blog aku, tak semua entry ada komen dan yang komen pun tak banyak. tapi percaya la, segala komen dan kritikan korang amat dihargai!! kalau korang, rajin tak tinggal komen dan kenapa korang komen?

tu je kot. semua blog best2 belaka. kalau tak best, tak kan seseorang tu buat blog kan?semua orang boleh menulis, tapi tak semua boleh menulis ngan baik (ye contohnya macam orang yang menulis ni..haha).

p/s: berblogwalking tadi nak tambah ilmu. banyak benda kena belajar lagi ni. hehe......so, jawabla soalan aku, macam mana nak buat blog lagi menarik?


10 rajin komen:

NasZ said...[Reply to comment]

entry yang best..hehe..nak blog menarik, saya pun tak pasti tapi nak tau blog kita menarik ke tak, kena tanya reader la. Saya cuba jadi diri sendiri dan develope satu identiti saya sendiri. Huhu..

MOHD NASER.com

faLiaa said...[Reply to comment]

betul entri ni,tula,terpikir jugak,follower boleh la tahan,beratus tp komen mengomen sunyi sepi je, mengapakah ini terjadi,buat blog ni sebab nak kumpul follower ke hape? tapi xde maknenye pun,hanye sekelumit org yg sudi megomen,pelik bin ajaib betul!

aizamia3 said...[Reply to comment]

ada yang kejar followers tapi bila tengok tang komen takde banyak mana pun.. entry pun biasa2 je.. apa yang cuba dicapai sebenarnya..?

biasanya bila dah baca pasti akan cuba tinggalkan jejak.. at least kita cuba bagitau yang kita dah baca entry tu.. ;)

Sunah Sakura said...[Reply to comment]

nice entry la eera! akak selalunya akan tinggal komen bila akak baca entry tu dan rasa nak komen, kalau akak tak baca, akak takkan komen.. takut tersalah komen kang nampak sangat tak baca entry kannnn... huhuhu...

Eera Shera said...[Reply to comment]

thx bro nasz, aliaa,kak aizamia dan kak sunah..pendapat yg bagus.. bila ade yg komen, baru kita boleh tau org suka ke tak blog kita ni kan..

Liyana Yuyu said...[Reply to comment]

Haa, setuju jugak pasal komen neh, sedih jugak bila tau ade yg baca, tapi tak tinggal komen, mcm takde penilaian, tujuan ber-BW membaca kan, so at least,komen la sepatah dua. :)

~syue~ said...[Reply to comment]

memang byk blogwalking, byk lah ilmu..saya pun mcm tu jugak dlu.. widget, lagu bagai memg tak tinggallah.. tp lepas tgk nasihat dr blogger2 bpengalaman, bru tau byk benda yg x sesuai ltk dlm blog ni. :)

SyazwanSarawak said...[Reply to comment]

heheh. rasanya blog kamu dah cukup bagus. keep on blogging ^_^


Entri Best= Aku Seorang Blogger

Anonymous said...[Reply to comment]

sangat menarik, terima kasih

lydia hawani said...[Reply to comment]

haha..kita buat blog ni un macam2 tujuan & 1001 alasan.. tapi kbanyakkn blog mncritakn kish kehiddupan sndri .. tak kurg bnyk doq pkai tip..
lydia buat blog un still lagy x expert widget, make template llbih2 lagy gajget..
lagu?? herm.. ( i'm a music lover..huhu) ade lagu ke x.. sbnrnye xkish kot tapi yela.. ( still xreti nk buat..) huhu.. ( follow own taste..) :)

PEACE.. Mintak kawan la nak buat2 benda ni.. haha