'Sudah sampai ke masa untuk aku berubah?'


Salam.

Setiap orang boleh berubah. cuma nak dengan tak nak je. kalau kena caranya, akan berubah pada yang baik. kalau tersilap cara, berubah makin jadi buruk. *sigh* susahnya la nak bagi intro..

masuk sem ni, dah 5 sem aku bersama ngan budak2 kos aku. kebanyakannya dah tak cam dulu. masing2 dah pandai bergaya. ade penampilan yang tersendiri. bukan tu yang aku nak cite. yang aku nak cecite ni pasal beberapa orang kawan aku yang dah berubah. yep..berubah ke arah kebaikan. change for good..for God's sake.

dari yang pakai ketat2, sekarang dah bertudung labuh. dari yang free hair, dah bertudung akhirnya. Alhamdulillah..seronok tengok orang berubah. skang ni dah banyak orang yang berubah kat sekeliling aku. termasuk la asik dengar cerita artis yang dah mula bertudung. kawan2 yang aku kenal pun macam tu. 

aku? macam ni je la. berubah dari segi pakaian tu belum lagi la. bese2 jek tapi still tutup aurat. tak sedia lagi la nak bertudung labuh. kalau aku dah mula ke arah tu, biarlah ikhlas dari hati. bukan sebab teringin nak ikut orang. 

cuba berubah sikit2. nak berubah tak susah. yang susahnya nak istiqamah. kadang2 apa yang nak dicapai tu tak tercapai. kata nak baca al-quran tiap hari, kadang2 tak ikot jugak nak2 bila sibuk nak ke sana sini. eemmm..

aku masih belajar untuk jadi makin sabar, masih belajar untuk kawal marah, masih belajar untuk jadi kuat, masih belajar untuk jadi anak, kakak dan kawan yang baik. dan untuk jadi hamba yang baik.

alhamdulillah..hidup aku lebih baik dari dulu.jap2..aku tak kata aku dah cukup baik tapi ok la dari dulu. dulu aku tersangatlah pemarah, garang dan baran. sebab tu rekod aku bersih tak pernah kena buli masa zaman skola.keh keh keh... :D

Bak kata Hlovate dalam Versus, nak jadi baik, kena tau dulu apa sebenarnya makna baik tu. baik dari segi camna. well..korang baca la Versus. rasa cam kena hempuk ngan batu besar je. tepat kena kat batang hidung sendiri.hehee..

kita kena ada sesuatu atau seseorang yang mengingatkan kita. kalau tak kita kan terlupa atau terus hanyut. aku kalau layan novel Hlovate kemain lagi insafnya..lepas dah lama tinggal.....hahahaha :p

aku tak kata kena baca buku ni kalau nak berubah. tak yah susah cari buku2 bagai pun tak pe, baca al-quran dan fahaminya. great love letter from ALLAH..


untuk kamu yang nak berubah..



sama2 la kita berubah. untuk jadi lebih baik. dan untuk tetap kekal baik...

ps: novel Hlovate yang terbaru, Contengan Jalanan pun cerita pasal orang yang mencari jalan pulang. ade kat rumah tak baca lagi.hehee..

ps 2:aku mau pulang....
 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

10 rajin komen:

Si qusowt said...[Reply to comment]

tepat sekali..istiqamah tu yang agak susah....byk sangat halangan samada kita sedar or tidak.insyaallah 1 ari nti.amin..

ABU said...[Reply to comment]

bagusla kalau macam tu.. mari kita berubah semua.. hijerah itu perjuangan..:D

jgn berubah jadi seekor rubah sudah hahaha

budak penjara said...[Reply to comment]

versus..ank murid aku ramai baca novel tu..smpai aku pon terikut sama baca..heee

aleen aiden said...[Reply to comment]

nak berubah ke arah kebaikan ni kene kuat semangat.tu salah satu cabaran die.hu3

AmirFX said...[Reply to comment]

Keikhlasan tu penting...

Gen2Merah said...[Reply to comment]

alhamdulillah.. syukurlah kalau ada niat macam tu.. memang kalau nak berubah kena ada perlahan2.. Tapi biarlah Istiqamah kan.. keep it up ye..

sis92 said...[Reply to comment]

alhamdulillah

semoga kita semua jadi manusia yg lebih baik akhlaknya :)

Addin said...[Reply to comment]

sama sama la kita :)

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

semoga kita berubah ke arah yang lebih baik...(^^,)

Shurazirah Sukhur said...[Reply to comment]

alhamdulillah.sama2la kita berubah ke arah kebaikan.semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah daripadaNya :D