Langit takkan mendung selamanya



Salam..
Pernah tak korang rasa, satu saat tu, rasa macam diri tu tak berguna. bila tak dapat nak buat sesuatu untuk diri senirik atau orang lain? Paling tak pun, rasa terkilan.. Aku pernah...

Masa kat hospital. Aku dok tepi katil mak. dah pukul 2 pagi kot. aku tak boleh tidur. mana nak lena dok atas kerusi. aku renung muka mak yang dah lena. entah kenapa aku sedih. aku pikir, kalau la aku dah keje masa tu, ada duit, aku bawak mak ke hospital yang lebih mahal. dok pun selesa, layanan pun cepat dan bagus. Duit ada semua benda boleh buat kan. Aku tau kenapa mak tangguhkan nak jumpa doktor masa tu. sebab mak takut pakai duit banyak...bukan sebab mak takut doktor macam yang abah cakap. yang takut doktor tu aku ler.

Aku masih lagi study. setahun lagi. aku rasa niat nak sambung study lagi tu aku postpone dulu kot. aku kesian tengok abah cari duit sorang2. aku masih tak mampu bantu dia. Aku anak sulung. tanggungjawab aku besar. adik2 aku study lagi. aku lah harapan dorang. aku bukan lah yang terbaik. tapi aku akan cuba.

memang kadang2 perasaan macam tu ada. tapi kesusahan yang kita lalui hari ni, merupakan permulaan pada kesenangan untuk masa akan datang. sebab tu jangan mengeluh. terjatuh banyak kali tak apa, bangkitlah. dan jangan lupa pandang pada apa yang berlaku di sekeliling kita. sekurang-kurangnya kita masih bernasib baik. sangat baik...

dan sebagai hambaNYA, kita memang akan sentiasa diuji. jangan tanya kenapa..kita tak layak persoalkan. bagi aku, biarlah kalau kita selalu ditimpa musibah dan ujian kalau itu lah caranya untuk kita selalu dekat dengan TUHAN.

" Dan apabila Kami memberi nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri,tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa" - Surah Fushsilat, Ayat 51.

ps: sekadar renungan bersama...












4 rajin komen:

Saiazuan said...[Reply to comment]

dan jadikn esok sebagai sumber inspirasi.. ;)

Santri T.P.I.N.I said...[Reply to comment]

jangan lupa untuk terus berdoa...
bykkan sabar ...saya dah join segmen yg eera ajak tu:

salam kunjungan... saya datang melaporkan diri untuk segmen ni:

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

JIJI YU said...[Reply to comment]

lepas mendung ujan ..lepas ujan ada pelangi sambil2 nk tnggu esok

Eera Shera said...[Reply to comment]

saiazuan, betul2.

santri, gud luck k.bersaing la kite.hehe..

jiji, mentang2 la ade cik pelangi. pelangi selalu :p