Lambakan Filem Hantu : Pierre Andre Jawab

salam.


kecik je la gambarnya.kang berhantu blog aku.


semalam, aku bercakap pasal ni kat SINI. Tun Dr. Mahathir pun ada keluarkan kenyataan terhadap hal yang sama. so,apa jawapan pengarah tentang isu lambakan hantu, ops filem hantu di Malaysia oh tanah airku ini.

“Teguran Tun ini harus kita fikir bersama dan jadikan pedoman. Buat sesuatu biarlah dengan niat yang baik.- PIERRE ANDRE (mangai susah nak eja).


“Begitupun menyentuh mengenai perkara ini, pendirian saya adalah karyawan tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Mustahil karya tempatan saja yang diperkatakan membabitkan pengaruhnya memandangkan sekiranya tidak dari karya tempatan penonton boleh mendapatkannya menerusi filem luar. Sekiranya mahu memansuhkan genre seram kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pemikiran masyarakat lemah, pada saya ada juga filem lain juga perlu diberikan perhatian,” katanya. 

lagi....

“Dalam al-Quran sendiri tiada istilah hantu dan kita tidak tahu dari mana datangnya istilah hantu. Mereka yang tidak percaya kepada kewujudan tiga makhluk Allah s.w.t ini yang melabelkan ini sebagai hantu. Seperti orang putih yang tidak tahu mengenai makhluk halus ini dan menamakannya ‘ghost’ namun mereka percayakan kepada ‘evil’ dan ‘devil’. 

BACA SETERUSNYA

>>>korang tengok, korang nilai guna mata, hati dan akal. dah cukup dewasa kan. err..budak2 tu, mak ayah dorang boleh tolong pikirkan. haha..setiap orang ada pendapat masing2. ada minat yang tersendiri. lagipun pengarah nak takut apa, kitorang tetap jugak layan filem hantu ke, filem cinta ke, gangster ke. no worry bebeh. kitorang tetap akan pergi download panggung. :p

p/s: semoga sukses selalu Pierre. Dr. Mahathir..aku kagum! sentiasa berani bersuara.

16 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

donlot je free...tkyah bnyk cakap..ekekee

Eera Shera said...[Reply to comment]

jiji, tau x pe. x kesah la cite ape, downlod je pun..haha..

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

best je layan movie2 hantu ni...kalau takut..tak payah tengok..senang..heee~

AmirFX said...[Reply to comment]

Jaranglah nak layan filem seram cenggini.. Biasa layan cita action jer.. hihi...

budak penjara said...[Reply to comment]

btw..mmg susah nk eja name pier andri..aku benci eja nama dia..haha

eh..aku x nk tngok cite antu sorang2 tym malam..aku takut..hahaha..


hantu..makan budak

Azzah said...[Reply to comment]

jarang jugak layan citer seram..ikut mood

ABU said...[Reply to comment]

aku setuju dengan pendapat pierre andre ya riba ya riba tu... tu

semua dpen drpd diri masing2 gak.. sejak dulu lagi pun kejadian histeria bagai ni dah banyak berlaku.. bukn pengaruh daripada filem sahaja.. terpulang kepada kekuatan iman diri masing masing.. yg tak kuat hang pegi tengok tu buat apa..

kalau nak sekat/kawal pun, sekat filem yg tak best macam dua alam atau damping malam tu hahaha

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

apapun jangan terlalu banyak filem macam tu...macam ndak ada cerita lain...kot sebab ia boleh menghasilkan duit poket yang paling banyak.,..sebabnya golongan yang menonton adalah remaja...dalam panggung boleh berpeluk2...

Nadzirah K. said...[Reply to comment]

kite pun jarang layan citer seram ni..:)

H.J said...[Reply to comment]

tolong fikirkan boleh tak..?

atiqsalleh said...[Reply to comment]

bergantung pada orang sebenarnya.. filem lain pun sama jugak kesannya.. sebab file drift, lawan-lawan.. lagi budak cepat cepat pengaruh.. kalau cter hantu.. orang yang pandai menahan diri dari tersilap langkah jee yg berani tgk.

AIEN NOT ALIEN said...[Reply to comment]

lambakan filem pelbagai genre selain seram + hantu memang banyak...

pokok pangkalnya hati...

Eera Shera said...[Reply to comment]

senang cite kalo x suka x yah tgk kan.

pengaruh baik atau tak, terpulang pada cara penerimaan seseorang tu.

anismelon said...[Reply to comment]

waaa...sngt tak suke cinte antu...

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

terima kasih...jom terjah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/punca-traffik-kancil-8349-minggu.html

[sutera kasih] said...[Reply to comment]

apa2 genre pun sbnrnya ada efek tersendiri..yg penting kena tahu nak nilai..huhu apa2pun, sy respek Tun M !!