Andai aku pergi dulu...

salam.

imej: google

Tiba-tiba aku terpikir. Kalau apa-apa jadi kat aku, siapa la yang akan masok blog aku untuk bagi tau apa yang terjadi pada aku? Buat masa ni, aku sorang je yang tau password aku. sama la dengan muka buku aku tu.

Aku rasa aku kena bagi tau someone. mungkin adik aku. Kalau aku 'tak ada', untuk apa lagi akaun aku terus hidup kan. especeli akaun fb. patut kena terminate.

Korang rasa tak apa aku rasa. kalau kita dah tak ada lagi kat dunia ni, apa yang kita tulis ni jadi satu kenangan tentang diri kita. lebih2 lagi untuk orang yang kita sayang dan yang rapat dengan kita. sebab tu kat sini aku curahkan rasa sayang untuk keluarga dan kengkawan. kalau dorang rindu, boleh tengok blog aku kan. hehe..

Kalaulah blog ni terus ada, trafik aku akan terus on je kan. bukan trafik untuk naikkan BE nuffnang, tapi trafik untuk naikkan 'saham' aku di sana. insyaALLAH kalau ada yang sedekahkan untuk aku.

Sebab tu lah kena cerita benda yang baik. Kita sendiri jugak yang pilih nak tambah dosa atau pahala kan. emm..kena tengok balik post yang dulu. Mana tak sesuai boleh buang. Campak jauh2. keh keh keh..

Kat sini kita cari kawan, kenal macam- macam orang. Saling tegur dan menyapa. Bila musibah melanda salah seorang dari kita, kita bagi sokongan dan doa. Tangis, tawa, keluhan, marah dan kecewa. Semuanya ada kat sini. Kat sini...ada banyak kenangan.

Kalau aku tak ada, jangan la lupakan aku terus. Aku mesti perlukan doa dari korang. :)

ps: Aku teringin nak jumpa kawan2 blogger. ^_^

ps: kena la saling mengingatkan ye tak..mati bukan tau masanya.



9 rajin komen:

Bro ahmad said...[Reply to comment]

tang password tuk blog bagi la kt pewaris sebagai admin baru..ok tak cadangan bro,

wahh gelap pulak blog ni yekk

nadya said...[Reply to comment]

semoga amalan kita bertambah=)

AmirFX said...[Reply to comment]

Kena tulis awal wasiat untuk dierang.. Saya dah tulis dah dalam notepad... Pa2 hal dierang leh rujuk kat situ jer...

Saiazuan said...[Reply to comment]

bnykkn entry berilmu ;)

remyhazza said...[Reply to comment]

blog ibarat diari seseorg.....
for me....
seribu kenangan terindah ada didlm tu...penuh suka dan duka.....

JIJI YU said...[Reply to comment]

kalo blog ni bnyk kasi kebaikan..biarkan je

Eera Shera said...[Reply to comment]

tulis dlm notepad pun ok gak..

[sutera kasih] said...[Reply to comment]

sy dh lama share acc ni dgn cousin..so if terjadi apa2 yg x dijangka, sy lama dh bg wasiat kt cousin hehe

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

apasal entri kamu nie...apapun, kita dah pasang niat kerana apa kita miliki blog...semoga pahala kita akan bertambah