Bajetnya awek tu!


Salam.

Sejukkan..terasa diriku berada di Alaska..hujan yang tak berhenti umpama langit sedang berduka. oh... terasa mau kuhempaskan diri yang kekenyangan ini di atas katil. ah..merepek la!

tadi masuk je maghrib, lepas solat, zass! aku terus turun pi makan. lapo beno seharian tak makan. sambil makan, sambil layan drama Soffiya kat tb 3 tu. aku memang tak sabar nak tunggu episod hari ni. aku order nasi goreng ayam ngan air sunquick.

nasi cepat je sampai. orang tak ramai. aku memang bese makan kat kedai tu. cepat, servis yang bagus ngan pakcik yang peramah. die panggil kitorang peminat setia.hehe.. cer la sekali sekala tu bagi makan free. ekekekee..

aku pun melahap dengan selahap-lahapnya. eh tak la. aku makan ngan sopan lagi ayu. sambil mata dok jeling2 pakcik tu. na..sambil mata dok jeling2 tv. betambah sedap la nasi tu bila nampak muka Fizo Omar yang cun melecun tu.

yang aku cam perasan, meja sebelah aku tu cam pandang aku je. dorang couple. opkos laki pompoan. pesal tah..pelik kot tengok pinggan aku licin. ke seronok tengok aku carik2 isi ayam tu. tau la awek dia makan sopan.

well..aku lama dah perasan. pompoan kalo makan kat kedai, tak penah nak abes. tak semua la gitu secubit je. tapi yela..hakikatnya, bila kat rumah abes je. kalo pinggan tu boleh telan, mau nak ditelannya jugak.

nak2 pulak keluar datim ngan incik boypren. makan separuh dah kenyang. kalo makan tu alahai.. control ayu abes la. awat? pakwe tu malu ke..

ada pulak, yang nak makan guna tangan, tak nak pakai sudu dan garpu, tapi segan. ape nak segan, lain la kalo makan pakai kaki..

lagi aku tak suka, kalo sudu jatuh bawah meja, jangan harap nak angkat. bajetnyewwww!!

well..aku tak kata la makan tu tak perlu bersopan. harus la tu.. sopan ngan cover aka bajet cun lain kan?

ps: ade aku kesah? selamba sudah. be yourself.. ;)





 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

7 rajin komen:

Iffah Afeefah said...[Reply to comment]

Aiyooo cover2

tp kdg mmg xslere mkn lau g dtg wakaka

Saiazuan said...[Reply to comment]

lol bio je dia mcm tu.. huhu :D

JIJI YU said...[Reply to comment]

mmbazir toll

cinnamon.com said...[Reply to comment]

elok la tu..

aimie amalina said...[Reply to comment]

aiyooooo
x pe..
mimi depan laki ke pompuan ke same je
hahahaha

(nak kate mkn ayu sokmo la ni..hehhehe)

ayiel said...[Reply to comment]

haha bajet sopan ngan bajet cun memang beza beben0 haih!haha

tp stakat nih makan kat mane2 p0n gaye same je, xdelah bajet cun sangat, cuma kat rumah gaya makan ekstrem sikit sebab dpt kumpel satu family kan??haha

Fatin Nadia said...[Reply to comment]

first, nak gelak dulu baca entri neh.. hahahaha.. sangat tak suka tgk drama pkul 7 tu.. kalau tgk, makin sakit hati.. gerammm dgn ppuan tuh..

~~adab bercouple, segalanya mesti nampak perfect.. adab berkahwin, tak de maknanya ppuan tu nak kontrol ayu lagi da.. ekekeke.. makan nasik konfom 2 pinggan, xpun licin habis.