Bukan ombak rindu ek ;p. Kisah cinta agung. Cinta yang mengenepikan usia, pangkat, nama dan harta. cinta yang berlandaskan iman dan taqwa pada Pencipta. Umur mereka berbeza. juga dari segi harta. Siti Khadijah, wanita istimewa yang dicintai Nabi kita. jom kita hayati kisah cinta agung ini. ada hikmah disebalik jodoh yang dipertemukan Tuhan ni.
Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu beliau juga membantu ramai pedangan-pedangan lain untuk turut sama mencari rezeki.
Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan, beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa hina.
Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.
Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.
Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.
16 rajin komen:
saya setuju 100%
stuju...agama tu penting utk dunia akhirat...
Cari org yang nama Siti Khadijah la lepas nie.. hihi..
makin lame makin sweet entry cik eera nih ;)
Erk ombak rindu xstndg
tau tak siti khadijah mimpi sebelom dia rasa nakkan nabi
haha.. that true.. that y aku x couple dah skrang.. tunggu kahwin je..
@Hanis MY sbg bekalan kt sana ;)
@AmirFX st khadijah kalo dipanggil khatty x ok gak haha :p
@cik Kartun wah sy suwit kan ;p
@Iffah Afeefah filem je pun kan
@JIJI YU err..xtau..sbb mimpi tu ke dia lamar nabi?
@Zul Fattah hah? tunggu aku? haha bgos niat tu ;)
benar sungguh kata2 mu eera.....
sebak pula baca entry pasal siti khadijah ni..
tiba2 teringat mama..huhuhu
Subhanaallah.agungnya cinta Khadijah dan Rasulullah kita.suka perenggan last tu.:)
Post a Comment