'Aku akan selalu pinjamkan bahu ni untuk kau...'


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikejauhan..ternampak seorang gadis. Duduk di bangku. Seorang diri.  Dia sedang menunduk sambil menekup muka dengan dua telapak tangan. Perlahan ku hampiri. Bahunya ku sentuh perlahan.


Dia mendongak. Namun tidak mengalihkan pandangannya pada wajahkku. Dari tepi ku lihat pipinya basah. Aku duduk disebelahnya tanpa dipelawa. Senyap. Dia atau aku tiada siapa yang bersuara. Aku tak tanya mengapa. Kerana aku ada jawapannya.

‘Hidup ni teramat sukar. Terlalu panjang perjalannya hingga kadang buat kita letih. Buat kita hilang kemampuan nak melawan dan berjuang’, perlahan aku berkata.

‘kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku tak pernah bernasib baik’, perlahan dia membalas. Berat sungguh apa yang ditanggungnya.

‘setiap orang akan diuji. Memang kita takkan pernah benar-benar memahami selagi kita tak berada di tempat seseorang tu. Tapi percayalah, setiap antara kita punya masalah tersendiri. Punya sejarah sendiri. Ada kisah lampau yang kadangnya kita tak mahu ingat’, balas aku tak mau kalah.

‘Sakit ni memang pedih. Terlampau pahit. Aku terasa amat sunyi..kosong. Kenapa aku kena hadapi semua ni’, dia berkata lagi. Suaranya dalam dan amat perlahan.


‘kau tau tak kau tak keseorangan sebenarnya. Kau ada Allah. Dia ada setiap masa untuk kau. Sentiasa mendengar permintaan kau. Dia menguji kau hanya kerana mahu kau dekat denganNya. Kerana Dia amat sayang kan kau. Dia suka mendengar suara kau bila kau meminta dariNya’. Aku terus bagi dia semangat.

‘betul ni? ‘, tiba-tiba aku nampak matanya bersinar.

Aku tersenyum. Angguk. ‘Dan kau ada aku…..’

Dia tersenyum juga akhirnya. Tapi kenapa agak sumbang senyumannya itu?

‘Tapi aku tak nak susahkan orang lain. Aku boleh laluinya sendiri’. Agak keras juga hatinya.

‘Kau masih ada sahabat. Dan seorang sahabat takkan membiarkan sahabatnya sendirian. Takkan sanggup melihat sahabatnya menangis. Percayalah..masih ada yang ikhlas. masih ada yang peduli’. Tenang sekali aku menjawab.

‘Sahabat..eemmm..masih ada kah yang benar-benar ikhlas..’.  

 ‘Ada. mereka yang tetap setia walau susah atau senang, mereka tu lah yang layak dipanggil sahabat. Dan kalau kau anggap aku sahabat kau, percayalah aku ada selalu untuk kau’.  Aku tersenyum. Sukar benar meraih kepercayaanya.

Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di bahuku. Dan aku dapat merasakan bahuku basah tiba-tiba. Terharukah dia dengan kata-kataku. Ku tepuk perlahan bahunya. Cuba meredakan ribut yang melanda hatinya. Terlalu sayu tangisannya. Kau tak keseorangan sahabatku…


‘Bila-bila pun, aku akan selalu pinjamkan bahu ni untuk kau..tabahlah sahabatku...’ dan air mataku pun turut mengalir………



Ps: kamu tak keseorangan sebenarnya. Berilah ruang dan peluang untuk seseorang berkongsi apa yang kamu rasa.dan supaya kamu tahu kamu masih bernasib baik.

 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

18 rajin komen:

inna_risna said...[Reply to comment]

kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa bersama dgn kita tika suka dan duka...

*nie citer akk ker?

Nong Andy said...[Reply to comment]

wow.. this is so touching. bleh akak pinjam bahu Eera? rasa nak nangis jer baca n3 ni :)

Eera Shera said...[Reply to comment]

@miss inna citer rekaan di masa rajin haha

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Nong Andy boleh aje... hehe

Jue said...[Reply to comment]

oo cite rekaan **bc komen ka ats hihihi**

br nak tanya td hihi. Betul tu, you are not alone. Tp aku jenis ssh luahkan prsn, slalunya aku luah kat random punya org

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Jue ye kak jue..cite rekaan tp diinspirasi dr kisah seorg shbt..moga dia tabah ;)

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

best kalau dapat sahabat yg memahami..:D

Anonymous said...[Reply to comment]

u can count on me, i can count on u.

eiyzniey said...[Reply to comment]

Wahhh..best2...
Btol..kita mmg xkeseorngn..
Kita ada Allah..
:)

aamalinaazman said...[Reply to comment]

betooooll!
kita takkan pernah seoranggg
Allah hantar angel utk kita
cume kita perlu cri :))

AmirFX said...[Reply to comment]

Pinjam bahu Eera.. Nak pengsan kejap..

budak penjara said...[Reply to comment]

pinjam bahu ko jugak la..haha..

allah tidak pernah meninggalkan kita..kita yg sering melupakan-NYA

Shurazirah Sukhur said...[Reply to comment]

touched!nice entry :D

Zehan Ilyana said...[Reply to comment]

sedih T.T
really touched my heart...:')

kura said...[Reply to comment]

sahabat. nk pinjam bahu? eh.....

msredcheesecake said...[Reply to comment]

Allah uji kita supaya kita semakin dekat dgn dia..... dia suka dengar suara kita meminta pada Dia.... Really like that.... Tersentuh...

zareliqa afiqa said...[Reply to comment]

Tu lar gunanya sahabat yg baik! :)

Anonymous said...[Reply to comment]

hihihihi..nice story..pndai..leh jd penulis...