Kisah cinta pohon epal



Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.


Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.


Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.


Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua


Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..


Sumber: akuislam.com

gambar: google

ps: apa pengajarannye?



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

16 rajin komen:

Unknown said...[Reply to comment]

pernah terbaca entry nie..
mmg terbaek story line nie.

eiyzniey said...[Reply to comment]

Nice story..

Sdih plak rse..
Tp akhrnye dye igt lg kat phon epal tu.
Bgus la...
Cm kite...kne igt jgk kat parent wlaupun duk jauh mne2 pun.

AmirFX said...[Reply to comment]

Pengajarannya adalah sentiasa taat dengan kedua ibu bapa... InsyaAllah..

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

jangan lupakan jasa baik mereka yang telah bersusah-payah untuk kita..hargai setiap kebaikan yang mereka pernah bagi kat kita :D

aizamia3 said...[Reply to comment]

walau setinggi mana sejauh mana kita pergi akhirnya kita akan kembali ke pohon epal tersebut.. ibubapa yang membesarkan kita jangan dilupakan jasa mereka..

Semut Senyum said...[Reply to comment]

saya suka cerita ini.. =)
mengingatkan saya pada mak n ayah saya.. =)

Liyana Zahim said...[Reply to comment]

Sedihnye.. Tp buleh lak epal tinggal akar idop lg ek? Heee~ Nice!

Juliet_iRa~" said...[Reply to comment]

sedihnya..:(

pengajarannya hargai dan balas jasa dan pengorbanan ibu bapa kita..

Jue said...[Reply to comment]

Aku pnah bc tp dsrbabkan lama x bc, cite ni bbekas d hati aku wuwu sbb aku rs mcm aku msh x mbls kasa ibu bapa aku spenuhnya wp diaorg x pnah kt apa2

Anonymous said...[Reply to comment]

sebak aku baca citer nih.mmg reflek kepada anak anak zaman kita skrg ni temasukla aku. aku rasa jasa mereka takkan pernah dpt ku balas sepenuhnya, jadi kita doakan mereka sentiasa bahagia dan di bawah lindungan Allah. call la mereka sekerap mungkin. kita takkan dpt bygkan kebahgaiaan yg mereka rasakan.

wah tacing betul komen aku kan. T_T

Unknown said...[Reply to comment]

Erk sedih sgt
pndai org y karang ni

bersama kak Es said...[Reply to comment]

Menyentuh hati..

Jasa Ibu bapa tak kan terbalas oleh kita kan...

Unknown said...[Reply to comment]

hargailah ibu bapa anda...
berbuat baiklah.....
sesungguhnya kasih ibu dan bapa itu...
restu buat kita....

Abu Bagi said...[Reply to comment]

aku tak pernah baca.. ni first time.. wah bagusnya cerita ni, sedih la baca..

betul la.. baca closing entry ni, rasa rindu pulak dgn mak aku...sib baik tengah malam, kalau tak dah aku call :D

Zehan Ilyana said...[Reply to comment]

sedih...T.T
kenapa mesti ingat pabila ianya sudah tua dan kita semua sudah tua?

Anonymous said...[Reply to comment]

meremang bulu roma bace kisah nie. ermm takut la eera :(