Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Salah sangka dengan Allah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berdoa, masa sujud atas sejadah, masa mintak macam2 permintaan, tentulah mengharapkan doa dan harapan tu termakbul. Tapi tak selalu apa yg dimintak itu jadi kenyataan. Kalo termakbul pun belum tentu cepat.

Bila rasa macam tak dapat apa yg kita nak. Bila dalam terdesak kita salah sangka. Ya, salah sangka dengan Tuhan. Sedangkan Allah Maha Mendengar. Mestilah Dia dengar, tahu apa yg dimahu.

Dia lebih tau apa yg terbaik. Apa yg patut kita dapat. Apa yg layak untuk kita. Bila tak dapat, kadang tanpa sengaja kita persoalkan. Bandingkan dengan orang lain. Tapi bila Dia bagi semua apa yg ada kat kita ni, ada Dia persoalkan bila kita lupa nak berterima kasih??  Ah malu sungguh!


ps: dari hamba yg sering meminta :(



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kerana Allah masih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiap kali bila diuji tak kisah la dengan kesusahan, kesakitan atau kehilangan, kita akan bersedih dan menangis. Sedangkan bila difikirkan balik, apa yg dirasa tu tak la sangat membebankan.

Kata lah kita jatuh sakit. Kita mengeluh dan berkata yg sakit ni amat payah untuk kita. Kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan dengan izin Allah, kesihatan kita dikembalikan. 


Kau sedang diuji sebenarnya...


Sedangkan kita tau, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi macam2. Sangat banyak. Tapi bila teruji sikit mula gelabah. Sakit cuma sekejap sedangkan masa sihat kita sia-siakan waktu. Takkan tak boleh diuji langsung sedangkan kita dibiarkan hidup dengan selesa selama ni?

Tu la tanda betapa kita ni lemah. Sehebat mana pun kita di mata dunia, tetap kerdil dan hina di pandangan Allah; melainkan orang yg beriman. Hebatnya kasih Allah dibagi apa yg kita perlu. 

Selagi masih ada kudrat, selagi masih nyawa menyarung tubuh, tunduk dan sembahlah Dia. Wallahualam.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Hadis palsu mengenai bulan Rejab.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, masuklah bulan Rejab. Maksudnya lagi dua bulan yang kita kena tempuh sebelum jumpa Ramadhan yang mulia. Ada ramai yang post pasal kelebihan bulan Rejab. Sampai ada yg kata sunat puasa 1 Rejab. Eh eh tak pernah dengar pulak sebelum ni. Ke aku yang tak tau. Tapi nasib la ada yg buat entri pasal penyebaran hadis palsu. Cer baca kat bawah ni.


1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). 

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) 

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: 
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) 
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) 
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) 
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah). 

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) 

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry) 

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya. 

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). 


Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.

Tak salah nak puasa hari ni. Tapi hari ni kan Selesa? Better puasa sunat isnin dan khamis kan. Wallahualam. Aku tau pun dari pembacaan je. Rujuk pada yang lebih arif. Dan betulkan kalo aku salah.

Selamat datang bulan Rejab. Semoga dipanjangkan umur kita sampai ke Ramadhan. Amin.

ps: Aku lahir 28 Rejab :)



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tanda-tanda hidup tak berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah.

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat habis
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

#kopipesfromfb


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Hari Nakbah Palestin 15 Mei


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.


Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 

Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.

Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10). 

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.

#Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki, Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Cara qada solat fardhu yang ditinggalkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.


Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.


Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


Qada semua solat yg ditinggalkan

Jika seseorang tidak ingat berapa banyak waktu yang dia tertinggal atau berapa banyak  solat yang telah rosak,  maka kiraan adalah dari mula dia insaf akan kesilapannya  dan kira ke belakang sehingga  mulai dari dia sampai umur baligh! Umpamanya seseorang insaf  akan kerosakan pada solatnya pada umurnya 17 tahun sedangkan dia baligh pada umurnya 13 tahun. Maka 4 tahun yang dikira rosak solatnya, wajib di ganti.  


Cara gantikan solat yang ditinggalkan/ rosak :

Boleh digantikan beransur2 setiap hari sehingga selesai semuanya.  Jika seseorang menggantikannya pada setiap waktu, Insya Allah akan selesai bila sampai masanya. Yang penting dia tekadkan hati untuk menggantikan semua solat yang tertinggal/ yang rosak.


Niat

Gantikan 'adaan' dengan 'qadhaan'. Contoh: 

usolli fardhas subhi rak'ataini qadho'an lilllahi ta'ala

ertinya: sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat secara qadha kerana Allah Taala.

sumber: halaqah.net


ps: mintak betulkan apa yg salah...



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Buat wanita seluruh dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Diakui..dia cantik..sungguh cantik!
Bila upload saja gambar,
Ramai yang memuji,
Jumlah 'like' apatah lagi,
Istimewanya..majoriti dari kaum Adam!
Ohh..sungguh teruja!

Namun sayang 1000 kali sayang,
Tanpa sedar,
Dia sebenarnya..
Telah me"rela"kan dirinya,
Menjadi santapan rakus pandangan sang lelaki!

Sedang hakikat wanita itu,
Saidatina Aisyah RA pernah mengatakan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”.

#kopipes dari fb

>> Gadis2 cantik dan baik sekalian, mahal kan la diri anda!


ps: entri kopipes aje tak sempat nak menaip. draf tesis dan assignment menanti -_- 



Korang hebat kalo KLIK sini!!

 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kisah cinta agung dan suwit


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bukan ombak rindu ek ;p. Kisah cinta agung. Cinta yang mengenepikan usia, pangkat, nama dan harta. cinta yang berlandaskan iman dan taqwa pada Pencipta. Umur mereka berbeza. juga dari segi harta. Siti Khadijah, wanita istimewa yang dicintai Nabi kita. jom kita hayati kisah cinta agung ini. ada hikmah disebalik jodoh yang dipertemukan Tuhan ni. 

Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu beliau juga membantu ramai pedangan-pedangan lain untuk turut sama mencari rezeki.

Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan,  beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa hina.


Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.

Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.

Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.


kopipes sejibik2: cahaya islam
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^