Remy Ishak bawak watak komando dalam Filem Bravo 5

Wajah baru Remy semakin kurus
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 30, tubuh badannya yang sasa sebelum ini menjadi semakin susut kerana komitmen sebagai watak komando dalam filem terbaru Bravo 5.
“Badan saya semakin susut demi menjayakan watak komando dalam filem Bravo 5,” jelasnya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran treler filem 29 Februari di GSC Pavilion Bukit Bintang, di sini, Khamis.
Remy berkata, perubahan fizikal itu adalah bagi membolehkan dia melakonkan watak Leftenan Azri dalam Bravo 5 itu dengan selesa dan lancar. Katanya, sepanjang seminggu menjalani latihan di Kem Sungai Udang, Melaka, sebelum ini dia melihat majoriti anggota tentera memiliki susuk tubuh yang kecil tetapi lincah.
Bravo 5 adalah filem epik peperangan mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis. Secara tidak langsung, saya perlu cergas dan lebih berstamina seperti tentera sebenar".
“Ia menuntut komitmen yang tinggi termasuk kekuatan mental dan fizikal seperti meredah hutan, mengangkat senjata dan aksi lasak. Sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengecilkan tubuh badan agar lebih ringan dan lincah ketika penggambaran,” terangnya yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Yeop Hitler itu.
>>Macam menarik je kan Filem Bravo 5 ni. Remy Ishak jadi komando? omai..omai..kena tengok ni huhu. Filem genre perang dan tentera ni memang peveret la. Bagus jugak buat cerita macam ni kan. Err aku ada terbaca yg filem ni mungkin akan mulakan penggambaran bulan Jun nanti  >_<
sumber: BlogMediaPrima



KLIK kalo korang hebat!
 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

6 rajin komen:

kura said...[Reply to comment]

awww. abang remyyy <3 <3 hahha

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

mesti best filemnya

madammondoq said...[Reply to comment]

oh!! my superhero ada kat sini!!!!!!!

ankeljonni said...[Reply to comment]

owh... remy ishak.....

kan bagus kalau ada nora danish... kakakakakka

Unknown said...[Reply to comment]

tak sabar nak tgk superhero jantan nie beraksi......

::CIK LYNN:: said...[Reply to comment]

waa..sapa plak heroin nya? =p