Wajah baru Remy semakin kurus |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 30, tubuh badannya yang sasa sebelum ini menjadi semakin susut kerana komitmen sebagai watak komando dalam filem terbaru Bravo 5.
“Badan saya semakin susut demi menjayakan watak komando dalam filem Bravo 5,” jelasnya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran treler filem 29 Februari di GSC Pavilion Bukit Bintang, di sini, Khamis.
Remy berkata, perubahan fizikal itu adalah bagi membolehkan dia melakonkan watak Leftenan Azri dalam Bravo 5 itu dengan selesa dan lancar. Katanya, sepanjang seminggu menjalani latihan di Kem Sungai Udang, Melaka, sebelum ini dia melihat majoriti anggota tentera memiliki susuk tubuh yang kecil tetapi lincah.
“Bravo 5 adalah filem epik peperangan mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis. Secara tidak langsung, saya perlu cergas dan lebih berstamina seperti tentera sebenar".
“Ia menuntut komitmen yang tinggi termasuk kekuatan mental dan fizikal seperti meredah hutan, mengangkat senjata dan aksi lasak. Sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengecilkan tubuh badan agar lebih ringan dan lincah ketika penggambaran,” terangnya yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Yeop Hitler itu.
>>Macam menarik je kan Filem Bravo 5 ni. Remy Ishak jadi komando? omai..omai..kena tengok ni huhu. Filem genre perang dan tentera ni memang peveret la. Bagus jugak buat cerita macam ni kan. Err aku ada terbaca yg filem ni mungkin akan mulakan penggambaran bulan Jun nanti >_<
sumber: BlogMediaPrima
6 rajin komen:
awww. abang remyyy <3 <3 hahha
mesti best filemnya
oh!! my superhero ada kat sini!!!!!!!
owh... remy ishak.....
kan bagus kalau ada nora danish... kakakakakka
tak sabar nak tgk superhero jantan nie beraksi......
waa..sapa plak heroin nya? =p
Post a Comment