Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah tak kau rasa masa kau perlu kan seseorang tapi takde sape pun dekat sebelah tu nak dengar cite kau. Kau rasa nak tumpang bahu sesapa tapi takde sape pun nak hulur.
Pernah tak kau rasa kau buat semuanya sendiri tanpa sokongan sapa2? Bila kau jatuh dan kau cuba angkat lutut perlahan-lahan sampai kau bangun semula?
Pernah tak kau buat2 macam tak ada apa tapi hati kau kat dalam tu macam nak pecah. Kau senyum kau ketawa macam apa tah tapi hati kau menangis kat dalam. Ada tak?
Lepas tu kau buat apa? Putus asa? Berserah aje? Tak. Bukan macam tu. Kau kena ingat yang bukan kau sorang je ada masalah. Cuba kau banding dengan orang lain. Lagi teruk dari kau. Kau pun tak mampu nak hadap semua tu. Masing2 ada kurangnya kan.
Kita memang tak boleh nak harap semua orang paham kita. Kita pun tak boleh nak paham semua orang. Bila dia susah pun tak semestinya kita ada waktu tu kan. Bersabar. Tiap susah payah kita sekalipun tak bernilai di mata manusia, tapi bernilai pada pandangan Allah.
Sebelum kata semua orang tinggalkan kau, cuba tanya diri dulu, pernah tak sekali kau tinggal dan lupa kan Allah? Tapi Dia selalu ada kan..... Senyumlah wahai hati yang diuji ;)
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
ps: ada gaya perunding motivasi tak? ke motibasi? :p
KLIK la kalo mau..malas aku nak berkempen dah..
15 rajin komen:
dah biasa dh rasa seperti itu sobsobs
kita berserah sahaja...
segalanya sudah ditetapkan......
Nice entri.. fiza penah rasa semua tuu.. tapi Alhamdulillah.. Allah swt sentiasa bersama hamba-Nya.. fiza dapat hadapi dgn tenang.. Subhanallah.. :)
tiap orang pasti akan merasa cenggitu tapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita.. jangan mudah putus asa..
bagus...semoga menjadi penceramah yang baik
motivasi sgt wooo :0
kekadang rasa mcm tu, tetapi sibukkan diri dan byk baca al-Quran..tenang cikit :)
uurrmmm..lemah aku kalau kata kata puitis cenggini.. *otak aku lembab nak catch up.lol.hahah*..
btw.manusia slalu lupa Dia. tapi Dia sekali pun tak pernah lupa kita.
pernah sangat :(
terima kaseh my dear. sangat bermotivasi :)
aha.. memang betul. Dia adalah ubat segala penyakit. Kembali padaNya dan jalan itu akan terbuka perlahan-lahan insyallah..
Allah dan Rasulullah SAW... Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)
penah...tp pk +ve...=)
Pnh dan sakit sngt
pernah jugak rasa mcm ni..tapi ingat..jangan lupakanNya..:D
Post a Comment