Tudung bawal terhangat di pasaran




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak cantik, abang kacak, adik comel dan kawan2 yang cool. Dah lama rasanya aku tak bermanja dengan blog. Tak mengulit membelai macam selalu. Aku tetap update tapi nak berkunjung berziarah ke rumah korang masih tak free. Maklum la aku kan bizi mengalahkan PM. 

Selain dari sibuk siapkan draf tesis, esaimen dan test lagi, 9- 12 Mei lepas aku dengan sorang kawan ada menjual tudung kat kawasan asrama sempena Minggu Mahasiswa Kolej Kediaman. Kitorang bukak gerai dari tengah hari sampai la tengah malam.

Kitorang jual tudung bawal. Macam2 ada. Bawal 1,2,3 ton. Bawal Akel bidang 50/60. bawal batu. bawal sulam tepi/atas. bawal corak.  dan tudung yg terbaru, Bawal Rose dan bawal  akel leopard. 



Saje cari pengalaman. Seronok tau walaupun penat. Aku berdua je dengan Nadia. Sama2 angkut tudung yg berat gila tu. Sama2 atur meja. Sama2 jaga gerai. Sama2 melantak. Memang best. Serius. Tak boleh dilupakan.

Laku jugak tudung bawal yang kitorang jual. Orang paling ramai datang masa malam. Kadang2 tak terlayan semua. Budak2 kelas pun ada datang memborong sama. Ada yang saja datang melawat sekejap. Nak bagi meriah la tu. Korang memang cool la. 



Tapi selain dari menjaga gerai, kitorang tak lupa juga menjaga perut dan melayan nafsu. Kiri kanan depan belakang dah la gerai makanan woi. Sape tak tergugat iman. Dalam 4 hari tu, macam2 menu aku. Cendawan goreng, wedges, mutrabak megi, laksa, nasi lemak, sate, burger, jus buah, eskem 3 kali dah hadap. ape lagi ape lagi. 

Gambar hot

Walopon sebelum ni selalu je jaga gerai masa hari usahawan kat skola dan penah jaga pameran masa kat matrik, tapi ni la pestaim buat berdua je dengan kawan. Si pemalu menjual tudung? Tapi kalo bukan sekarang bila lagi kan. 

Aku minat jugak jual2 ni. Kalo jual makanan lagi best. Meriah kan. Kalo orang takda memang bosan la. Kalo ramai, tak terlayan dibuatnya haha... Dan sekarang tengah mencuba menjual online pulak. Oh memang tu dah lama aku nak buat. Dah lama. Tu boleh dijadikan salah satu sebab kenapa aku buat blog eheh..

So, ada sapa2 nak ajak aku meniaga tak? Ada sapa2 nak cari agen? weee~~


ps: aku still lagi jual Kasut Baldu tu. kalo nak bagi tau ye.




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

8 rajin komen:

Zul De Alexis said...[Reply to comment]

wah sibuk betul dia nie..ehehe..

tudung tu cantik..nak beli lah wat pakai..erkk!...:P

kura said...[Reply to comment]

banyaknya jenis tudung bawal :0

AmirFX said...[Reply to comment]

Nice! Suka tengok orang yang berniaga gini... Lebih berdikari..

Unknown said...[Reply to comment]

byk nyer,..... cantik2...kalau tak cukup.... tudung saji pun boleh....he3

anys nadhilah said...[Reply to comment]

banyaknyaaa !! trend sekarang . huhu

Hanie Dew said...[Reply to comment]

tudung bawal jenis sekrg senang nak pakai kan. lg lg yg tak payah nak gosok..oohhh i loike..hahaha

pasni nak try yg becorak tu.

alhamdulillah jualan ko laku. tp gerai makanan tu mmg menggugat iman dan nafsu. ahahaa

Hanie Dew said...[Reply to comment]

kaann..aura avril tu menarik org nak tgk kot. hahahaha.

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

kalau ramai sgt..pening kepala nak layan kan...haha~