Video pengakuan wanita merakam bayi yang dibelasah ibu kandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya semua tau pasal kes bayi didera ibu sendiri tu kan. Memang sedih. Sedih sangat bila tengok baby tu menangis. Sakit tu. Tak sanggup rasa nak tengok. Dipukul, disepak. Tapi betul ke mak dia sakit meroyan?

Ramai jugak yg marah dan tuduh perakam video tu tak bertanggungjawab. Tak cuba tolong tapi rakam. Tapi kita tak tau hal sebenar dan keadaan masa tu kan. Jangan cepat buat kesimpulan. Macam yg aku cakap semalam dalam entri NIKatanya dia merakam penderaan tu untuk jadi bahan bukti pada polis. 

“Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Tu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.
“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

Jom kita dengar penjelasan dia dalam video ni. 

sumber:Rindok.com



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

8 rajin komen:

aizamia3 said...[Reply to comment]

kita jangan mudah menghukum tanpa tau hujung pangkal cerita.. tak tau lebih elok senyap..

Pka Rahim said...[Reply to comment]

pka pon sgt marah dgn perakam tu time tengok video tu. tp skrg da tau kisah sebenar. so boleh terima lah alasan si perakam tu.

jom singgah blog pka.

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/05/jom-register.html

tq :)

Hanie Dew said...[Reply to comment]

siapa la yg mulakan upload dan share tu.betapa cepat mende ni tersebar. padahal tahun lepas punya cerita.

Aien Not Alien said...[Reply to comment]

siapalah yang sebarkan tu ye kita yang tak tahu apa2 dah habis kecoh sana sini, kesian si tukang rakam pun kena tempias...

Unknown said...[Reply to comment]

kita patut berterima kasih pada dia sebab berjaya menyelamatkan bayi tersebut.....

kura said...[Reply to comment]

ok. faham. faham :0

Zul De Alexis said...[Reply to comment]

jagan cepat kita menyalahkan owg lain.. thank sebab info nie...bawu lah kita taw kisah sebenarnya

Salina Mat Isa said...[Reply to comment]

macam2 la..kesian bayi tu..