Cara mengatasi rindu bercinta jarak jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cinta jarak jauh memang menguji hati dan perasaan lebih2 lagi yang dah berkahwin. Yang tak kawin lagi tu bawak bersabar je lah ye. Tapi  nak cakap yg cara ni boleh dipraktikan bagi yang dah kahwin. Yang ni kopipes je dengan sikit penambahan atau pengurangan haha :D


Hubungi orang yang dirindui

Mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap kerinduan. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, whatsapp video call, utus surat atau pun telegram. Ohooi zaman bila tu? 

Melihat foto atau video si dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi tempat yang pernah dilewati bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati. <--- macam dah parah je ni
Antara yg bercinta jarak jauh..
Suwit kan dorang ni? 

Memeluk pakaian si dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita. <--- yg ni suwit je kan?

Lakukan persediaan untuk dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Mandi tak lena, makan tak basah, tidur tak kenyang. Jadi setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Kalo dah buat semua ni pun, rindu tu masih ada kan? tapi sekurang kurangnya terubat la sikit. Tak apa, si dia akan kembali jugak kan..
KLIK kalo korang hebat!
 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

9 rajin komen:

Nong Andy said...[Reply to comment]

er.. mcm menambahkan parah kerinduan jer tu hehehe...

kura said...[Reply to comment]

memeluk pakaisan si dia? okey. nnt nak try. aumm. eh! hahha

Shiema Sufian said...[Reply to comment]

nice tips. Ada lagi satu, hantar pesanan rindumu melalui Allah (:

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Shiema Sufian betul2

aizamia3 said...[Reply to comment]

peluk pakaian tu memang sesuai untuk anak2 akak.. hikhikhik.. sebab jarang jumpa itu je caranya nak bagi tak rindu sampai demam..

Salina Mat Isa said...[Reply to comment]

suweettnye elly n farah lee tu..macam ada pengalaman je eera..hehe..
sorry x smpat nk bnk in duit, malam ni kot..jgn jual kt org lain ye kasut tu..

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

byk cabarannya PJJ ni kan...hee~

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

kancil menyokong....

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

peluk pkaian? xnk arr!!! nti lg rindduu!!