Baru-baru ini, penyanyi remaja yang semakin popular dengan lagu ‘Kosong’, Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.
Selain berkongsi rasa terujanya, Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.
Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain itu, portal itu juga menyediakan laman blog khas bagi penyanyi ini berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.
Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang ‘sempoi’ lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba dan lain-lain lagi.
Digelar “Portal pembelajaran luar waktu sekolah”, uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan portal ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.
sumber: MediaPrimaTV
9 rajin komen:
Eh. cun pula najwa dlm pic ni. hewww!
tahniah najwa....
moga menjadi duta yg terbaik utk semua.....
murah rezeki dia ni :)
kebetulan plak....
I pon ada tulis psl Najwa Latif dalam entry terbaru hehehehe
wahh.. sudah jadi duta...
eh , baru tahu nie . matured tol muka najwa . huhu ^^
alhamdulillah...murah rezeki dia...hope bnda ni pn bmnfaat kt dia...
aku suka dengar lagu kosong si najwa ni :)
*thanks for sharing :)
hee...murah rezeki si Najwa Latif ni skrg kan..:D
Post a Comment