Mawar hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini cuma rekaan. Takde kena mengena hidup dan mati.



Aku nekad. Kali ni betul nak hadiahkan dia sesuatu.  Aku buka almari. Aku jumpa apa yang dicari. Aku bawak keluar. Tersenyum memandang ia. Dalam mata terbayang seraut wajahnya. Teringat pula kata-kata yang selalu dibisikkan pada ku...dulu. Ya, aku kena beralah. 

" You segalanya buat I. Hidup dan mati I cuma you".

Ya sayang aku tau. Sebab tu lah aku nak pergi cari kau sayang. Menghangatkan kembali cinta yang hampir terpadam. Tunggu ya sayang. Aku bawa sesuatu yang kau takkan sangka. Aku ketawa. Mana henpon? Oh kat situ. Tekan2 dan..hah angkat pun. 

" Ya sayang. Kat rumah la. I pun rindu you. You tak marah lagi kan? Ok I tunggu".

************


Aku bukak pintu rumah yang tak berkunci tu. Mana dia? Aku cari di bilik. Mandi rupanya. Mandi lah sayang. Segarkan diri kau sebelum kita bersatu. Aku kunci pintu dari dalam. Ah sayang aku rindu! 

"Eh, kenapa you masuk? Kenapa tak tunggu kat luar?"
"Tak boleh. I tak sabar nak jumpa you. Jom sayang!"

Aku hampirinya. Dia macam serba salah. Buruk sudah ke aku sampai dia macam menjauh. Mungkin dah benci kan aku selepas...ah sudah! 

"Nak ke mana?"
"Tentulah ke syurga sayang.."

Sini sayang. Ku hulur tangan. Perlahan dia dekati aku. Dia sudah di depan mata. Nafasnya pun aku boleh rasa. Ah inilah masanya. I sayang you. I bawak sesuatu untuk you. Aku berkata sambil tangan cuba mengeluarkan hadiah. Pejam kan mata wahai sayangku...

"You nak bagi apa? Mesti special kan".

Aku tersenyum manis. Ini! Ini yang aku nak bagi! Kau suka?! Kemarahan ku mendidih. Sambil menjerit, tanganku laju menghentam objek yang ku bawa tadi itu ke dadanya, tepat ke jantung.  Aku nak lubang-lubangkan jantung dia. Aku nak lapah daging manusia pengkhianat ni. Sampai hancur haha..  

Darah memancut tempias ke muka aku. Matanya terbeliak. Nafasnya laju. Dadanya berombak kencang. Ah tak mati lagi? Ambik ni. Biar mati cepat. Aku hentak2 objek tu ke perutnya pula. Banyak kali. Ku lalu kan pula objek tu di sekeliling wajahnya. Kacak tapi sakit aku memandang. Ku tekan lebih dalam. Kalau aku tak dapat kau, betina tu pun tak boleh tau? Haha...!!

************

Sayang, bangunlah. Jangan tinggalkan I. Aku goncang kuat bahu dia. Aku menjerit panggil nama dia tapi dia langsung tak respon. Menangis. Aku ramas rambut. Aku buntu. Ku pegang dada. Sakit sangat. Ku renung kedua tanganku yang merah. Inikah pengakhiran cinta kita? Aku teresak-esak.  Kita dah janji nak sehidup semati kan sayang? Aku tak sanggup memungkiri janji kita. 

*************

Terlalu penat, aku baring disebelah tubuhnya yang bermandikan warna merah. Ku usap rambutnya sambil menyanyi lagu kegemaran kami. Tidur ya sayang. Mimpikan aku. Aku senyum. Mata terasa berat. Cecair di pergelangan tanganku masih mengalir. Aku cinta kau sayang!



ps: Aku tak mati lagi sayang. Lepas ni DIA pulak hahahahahaha ............


KLIK sini sayang haha!



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen sayang ^___^

13 rajin komen:

Abu Bagi said...[Reply to comment]

kejam sungguh main bunuh bunuh..apa ni..

mirmashi94 said...[Reply to comment]

agak scary . haha ^^ . kesan cemburu buta yang tidak dikawal laa ni . kan kak ? hehe ^^

Kasih Salina said...[Reply to comment]

salam kenal..ingatkan betol2 tadi..mlm2 camni seram juga baca cite camni..hihi..

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

menarik dan menakutkan...hehehe

Anonymous said...[Reply to comment]

eera.. awat citer nie seram..??
@_@

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

hah! menakotkan!

Unknown said...[Reply to comment]

huh!!!! jenayah berat nie......he3

Kayu Manis said...[Reply to comment]

sakit mental ni agaknya.

Nong Andy said...[Reply to comment]

kalau hatiku di menangi qarinku..

maka musnahlah semuanya...

*baca ni aku rasa mcm nak bunuh org heheheh.... dasat!

Hanie Dew said...[Reply to comment]

uuhh... psycho giler pompuan ni. aku tau la cerita pendek tp ni pendek sgt ni. panjangkan sikit lagi.tau.

ni cerita Gothic kan.

Salina Mat Isa said...[Reply to comment]

takutnya baca..kejam tu..

Eera Shera said...[Reply to comment]

kak hanie, takot pnjg sgt org mls nk baca pulak. takut bosan.

thx semua sudi baca ^^

Bidadari Syurga said...[Reply to comment]

aduh... ada logik dlm akhir rangkp cerpen ni... '.....masih lagi menitis....'