Anak sulung Fedtri Yahya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Alhamdulillah… Syukur kepada Allah atas anugerah seorang anak yang sihat sempurna. Isteri saya selamat melahirkan puteri sulung di Hospital Pusrawi Kota Damansara 1050mlm tadi. Bayi 3kg dilahirkan secara normal. 30 April- dapat anak pertama. 1 Mei- lancar buku pertama di pesta buku. * Begitu indah susunan jadual Ilahi. * terima kasih buat kalian yg mendoakan*
-status fb Fedtri Yahya

Fedtri Yahya Gembira Dapat Anak Perempuan

Pengacara lelaki rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya, 30, gembira dan bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram pada 30 April lalu.
Bayi sulungnya itu yang diberi nama Indah Sutera Jannah dilahirkan tepat jam 10.50 malam di Hospital Pusrawi Kota Damansara secara normal.
Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa syukur di laman Facebooknya kerana di samping menerima kehadiran insan baru dalam kehidupannya, buku hasil karyanya juga turut dilancarkan di pesta buku bermula pada 1 Mei lepas.
Apa pun tahniah diucapkan untuk Fedtri dan isteri ;)

sumber: mynewshub



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^