Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.
Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55. Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.
Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.
Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia.
>> Mark Cukenbeg ni makin kaya. Kita yg hadap fb dia tiap hari dia tak nak bagi duit ke hoho..Eh betul ek Mark ni tak abes belaja pun? Jom la benti belaja semua hihi.
#sumber: sini
12 rajin komen:
kayo! mark kayo!
aku xde fesbuk2... hhuhuhu
huyooo.. CK nk sejuta jep..sejuta. boleh tak?? @_@
bukak fb jer jadi kaya raya.......
bertuah nyer badan.....
hee...kaya betul Mark Zuckerberg ni..jom2..kita buka laman sosial lain pulak..lawan FB...haha~
untungla dia bnyak duit...
perhhhhhhhhhhhhhh
kayaaaa ..
Muda2 dah jadi kaya kan.. Bertuah badan ;)
aduhai dunia ini ana yg punyaaaa....hhihihi
hebat la mark zukeberg ni >_<
rezeki dunia dia... kita pun masing2 ade rezeki sendiri.. hanya perlu mantapkan lagi usaha~
gile la. ishk ishk tatau nak komen ape amaze je ngan aset dia.
kite pengguna hanya digunakan utk jana lebih aset dia. hahahaha..
Post a Comment