Cara qada solat fardhu yang ditinggalkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.


Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.


Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


Qada semua solat yg ditinggalkan

Jika seseorang tidak ingat berapa banyak waktu yang dia tertinggal atau berapa banyak  solat yang telah rosak,  maka kiraan adalah dari mula dia insaf akan kesilapannya  dan kira ke belakang sehingga  mulai dari dia sampai umur baligh! Umpamanya seseorang insaf  akan kerosakan pada solatnya pada umurnya 17 tahun sedangkan dia baligh pada umurnya 13 tahun. Maka 4 tahun yang dikira rosak solatnya, wajib di ganti.  


Cara gantikan solat yang ditinggalkan/ rosak :

Boleh digantikan beransur2 setiap hari sehingga selesai semuanya.  Jika seseorang menggantikannya pada setiap waktu, Insya Allah akan selesai bila sampai masanya. Yang penting dia tekadkan hati untuk menggantikan semua solat yang tertinggal/ yang rosak.


Niat

Gantikan 'adaan' dengan 'qadhaan'. Contoh: 

usolli fardhas subhi rak'ataini qadho'an lilllahi ta'ala

ertinya: sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat secara qadha kerana Allah Taala.

sumber: halaqah.net


ps: mintak betulkan apa yg salah...



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

15 rajin komen:

susulemakmanis said...[Reply to comment]

terima kasih sebab sharing ilmu yg sgt penting!=)

Abu Bagi said...[Reply to comment]

see betapa mudahnya islam.. thanks info yang sngt berguna ni.

Dylla Abas said...[Reply to comment]

akak suka sangat entri ni dik..alhamdulillah...sesungguhnya Allah itu Maha Penyanyang..masih ada cara untuk memperbaiki kesilapan meninggalkan solat walaupun ditinggalkan tanpa keuzuran :)

Kayu Manis said...[Reply to comment]

alhamdulillah seronok dpt ilmu ni.

terima kasih

Puteri_ika said...[Reply to comment]

alhamdulillah...sharing is caring

Zul De Alexis said...[Reply to comment]

terima kasih eera semoga kita dpt perbaiki diri untuk menjadi lebih baek pada masa akan dtg

.:|kamaryeah|:. said...[Reply to comment]

thanks for sharing~!!
mmg jelas terbukti bahawa Islam itu tidak membebankan~
setiap kesilapan pasti ada pengampunan...
pasti akan ade cara penyelesaian....

Anonymous said...[Reply to comment]

mnusia makin lupe.. makin alpa..
trima kasih mengingat kn :)

Unknown said...[Reply to comment]

infi yg amat berguna utk semua,,,,,,
thanks so much

Unknown said...[Reply to comment]

Tq share

Hanie Dew said...[Reply to comment]

tq for sharing info penting mcm ni.
isu ni nampak mudah tp paling penting. aku sendiri pernah tak endah pasal kepentingan meng-qada' solat padahal "NO EXCEPTION" dlm apa keadaan selain uzur.

Anonymous said...[Reply to comment]

nk share ey..

Anonymous said...[Reply to comment]

semoge Allah swt mencucuri rahmat kpd tuan/puan diatas maklumat yg amat bguna kpd dri sy dan kpd muslimin dan muslimat..

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Anonymous share la. sy pun ambik dr org jugak. mencari utk diri sendiri dan cuba share utk semua. yg baik kita share sama2.. smoga Allah merahmati penulis sbnr ;)

Mohammad Ariff Ikhwan said...[Reply to comment]

Terima kasih