3 tahun dah berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelas hari ni adalah yg terakhir. Terakhir sepanjang aku tuntut ilmu 3 tahun kat sini. Kejap je 3 tahun tu rasa. Lepas ni no more class. exam. assignment. 

Oh lepas ni kena ucap selamat tinggal Terengganu. Selain dari untuk konvo, aku tak tau akan datang sini lagi ke tak. Baibai UMT. 3 tahun kat sini banyak kenangan. Suka dan duka.

Amboi macam dah nak balik je gayanya. Ada sebulan lagi. Minggu depan dah mula exam. Banyak gap boleh la aku update selalu haha.. Lepas exam, presentation fyp. Lepas tu baibai. Lepas tu...emm lepas tu....???

ps: SI MUKABULU, komen kau kuajaq la. Dah la komen kat puisi aku. Tak suka tak payah baca. Tak paksa pun. Cer BACA nota kat bawah tu. Kalo tak suka sila angkat kaki..tamau dengki2



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Jadilah pendengar yang baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Meluahkan perasaan dan bercerita masalah pada orang lain memang tak dapat selesaikan masalah. Tapi sekurang- kurangnya dapat melegakan perasaan dia yang tengah serabut masa tu. 

Lebih bagus kalo dapat bagi nasihat. Tapi kalo setakat jadi pendengar yang baik itu sudah cukup. Cukup untuk dia tau ada seseorang yang sudi mendengar. Bukan senang nak cari seseorang yg tetap bersama kita masa senang dan susah. 


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Lelaki susah menangis?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menangis dapat buat kita rasa lega. Walopon tak dapat selesaikan masalah, lepas menangis mungkin boleh buat kita rasa tenang sikit. Mungkin jugak dapat kutip balik kekuatan yg hilang. Menangis tak bermakna lemah. 

Orang pompoan memang sinonim dengan air mata. Wah pakai bahasa melayu SPM gitu. Ok sambung... Pompoan menangis boleh jadi tanpa sebab. Lelaki kalau menangis sebab apa pulak?

Cikgu aku pernah cakap dulu. Lelaki menangis sebab 3 orang yg dia sayang. Ibu, isteri dan anak2.


Lelaki menangis tak macho? Kenapa pulak? Lelaki pun manusia biasa, bukan robot yg tak ada perasaan. Kecuali la kalo menangis untuk alasan yg bodoh. Menyampah pulak tengok hihihi.. tapi kalo tengok laki menangis macam kesian kan. Yela dorang bukan senang nak menangis tapi kalo dah termenangis itu mesti la utk sebab yg kuat.

Tak payah la nak pandang keji sangat kalo kaum terancam ni nak banjir pun. Ego tu buang jauh2. Lelaki bukan android bernyawa tapi manusia biasa. So lelaki.. korang pernah/selalu/mudah menangis?  


Kalo hensem macam mamat ni menangih, nak je tolong sapu air mata #gatal


Menangislah kalo rasa nak buat macam tu. Lepaskan aje apa yg terpendam kat dalam hati tu...

ps: suka bahan member aku kalo dia tengah emo. jangan marah weh aku main2 je. tapi emo ko tu kadang2 over lagi dari pompoan yg kena sindrom PMS hoho :p


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Al fatihah buat Noormawati Mohd Rasif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni dapat tau berita yang mengejutkan. Niat asalnya saja nak bukak FB kak Moon nak tau perkembangan kak Norma tapi ternampak lain pulak.



Al fatihah buat arwah Noormawati Mohd Rasif. Semoga Allah merahmati rohnya dan mengampuni dosa2nya. Moga tenang di sana. Akhirnya dia pergi jugak lepas bertarung dengan penyakitnya lebih setahun. 

Arwah merupakan penghidap kanser otak tahap 4, sakitnya mula kritikal selepas melahirkan anak sulungnya, Rafiq. Seorang guru. Kak Moon seorang blogger dan merupakan biras pada kak Norma selalu bercerita tentang kehidupan keluarganya selepas ditimpa ujian tu.

Kalo ada yg tak pernah kenal atau tau cite pasal dia, boleh tengok kat blog Kak Moon kat SINI

Takziah buat kak Moon sekeluarga.

ps: Kesian Rafiq T_T


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tasha Manshahar & Syed Shamim, Video Love You Like a Love Song- Best Cover Version dan Biodata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artis YouTube yang dikenali umum iaitu Tasha Manshahar yang masih remaja telah berjaya memikat hati peminat industri muzik di Malaysia dengan video muziknya di You Tube. Dia telah berjaya menghasilkan lagunya sendiri yang bertajuk Be Mine. Videonya bersama Syed Shamim yang menyanyikan lagu Mr. Sexobeat (cover) juga mendapat sambutan di You Tube.





Biodata Tasha Manshahar


Nama Penuh: Nur Nadia Natasha Binti Mohd Manshahar
Nama Panggilan: Tasha Manshahar
Tempat Tinggal: Kajang, Selangor.
Penuntut: Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Tempat Lahir: Duchest of Kent Hospital, Sandakan, Sabah.
Tarikh Lahir: 22 November 1992
Anak: Sulung daripada 3 orang adik beradik.
Blog Tasha Manshaharhttp://nadiarocher.blogspot.com/

Biodata Syed Shamim
Nama Penuh : Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir


Nama Panggilan: Syed Shamim

Tarikh Lahir: 27 Februari 1993

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Tinggi: 168cm

Pendidikan: SK. Seri Kelana, Seremban (primary)
SMK. Dato Hj. Mohd Reza, Seremban (Secondary)
SMK. Dato Sheikh Ahmad, Seremban (Secondary)
Institut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas, Cheras [Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan] (sekarang)

Kegiatan Masa Lapang: Apa sahaja berkaitan muzik


sumber: 


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Hadis palsu mengenai bulan Rejab.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, masuklah bulan Rejab. Maksudnya lagi dua bulan yang kita kena tempuh sebelum jumpa Ramadhan yang mulia. Ada ramai yang post pasal kelebihan bulan Rejab. Sampai ada yg kata sunat puasa 1 Rejab. Eh eh tak pernah dengar pulak sebelum ni. Ke aku yang tak tau. Tapi nasib la ada yg buat entri pasal penyebaran hadis palsu. Cer baca kat bawah ni.


1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). 

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) 

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: 
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) 
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) 
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) 
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah). 

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) 

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry) 

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya. 

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). 


Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.

Tak salah nak puasa hari ni. Tapi hari ni kan Selesa? Better puasa sunat isnin dan khamis kan. Wallahualam. Aku tau pun dari pembacaan je. Rujuk pada yang lebih arif. Dan betulkan kalo aku salah.

Selamat datang bulan Rejab. Semoga dipanjangkan umur kita sampai ke Ramadhan. Amin.

ps: Aku lahir 28 Rejab :)



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Motivasi diri: Bila sepi itu singgah di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak kau rasa masa kau perlu kan seseorang tapi takde sape pun dekat sebelah tu nak dengar cite kau. Kau rasa nak tumpang bahu sesapa tapi takde sape pun nak hulur.

Pernah tak kau rasa kau buat semuanya sendiri tanpa sokongan sapa2? Bila kau jatuh dan kau cuba angkat lutut perlahan-lahan sampai kau bangun semula?

Pernah tak kau buat2 macam tak ada apa tapi hati kau kat dalam tu macam nak pecah. Kau senyum kau ketawa macam apa tah tapi hati kau menangis kat dalam. Ada tak?


Lepas tu kau buat apa? Putus asa? Berserah aje? Tak. Bukan macam tu. Kau kena ingat yang bukan kau sorang je ada masalah. Cuba kau banding dengan orang lain. Lagi teruk dari kau. Kau pun tak mampu nak hadap semua tu. Masing2 ada kurangnya kan.

Kita memang tak boleh nak harap semua orang paham kita. Kita pun tak boleh nak paham semua orang. Bila dia susah pun tak semestinya kita ada waktu tu kan. Bersabar. Tiap susah payah kita sekalipun tak bernilai di mata manusia, tapi bernilai pada pandangan Allah.

Sebelum kata semua orang tinggalkan kau, cuba tanya diri dulu, pernah tak sekali kau tinggal dan lupa kan Allah? Tapi Dia selalu ada kan..... Senyumlah wahai hati yang diuji ;)


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…


ps: ada gaya perunding motivasi tak? ke motibasi? :p



KLIK la kalo mau..malas aku nak berkempen dah..


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Cari jawatan kosong di portal jobs malaysia.gov.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada yang tengah mencari kerja sekarang ni? Baru abes belajar? atau nak cari pekerjaan baru? Kalau macam tu korang kena isi di portal ni. Ceh dah macam agensi carik kerja pulak.

save image

1. Pergi ke laman web jobsmalaysia.gov.my.

2. Pergi ke pautan "pencari kerja" bagi yg tak pernah ada akaun. kalau dah ada log in aje lah kan. Tengok gambar atas, yg dah dibulat warna merah tu.

3. Isi mykad, id dan kata laluan. Lepas tu isi je semua maklumat yg dia mintak. Macam isi resume.

4. Dah selesai, boleh la nak mohon apa2 jawatan kosong yang ada (kerajaan/swasta). Pandai2 la cari.


save image


Bagi yg dah isi. Nampak bulat merah tu? Klik je kat pautan tu.
> Bakul masuk: senarai jawatan yg dipohon.
>Padanan jawatan: apa2 yg padan dengan kelulusan korang. Sistem akan carikan.
> Status permohonan: dapat utau tak jawatan yg dipohon.


Apehal tah aku rajin buat mende ni haha.. Aku cuma nak share dengan sape2 yang mungkin tak tau. Kalo dah tau takpe la. Ok tu je. Kbai~~


#ps: Hari ni 19 Mei, genap setahun arwah Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner blog telordibasuh) meninggalkan kita. Sedekahkan Al- Fatihah..



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^