Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kadang yang besar ni nampak aje gagah, tapi dalam hati ada taman woo. Jangan la cuba cari pasal. Buruk padahnya. Tapi besar2 pun, tetap ada yg mengancam. Sebab apa? Sebab kelebihan dan manfaat yg boleh dapat dari ia maka ia dipergunakan. Lumrah la kan semua yg Allah cipta ada sebab. Ada kelebihan.
Umur saya baru sebulan. Apa nama saya?
Oh ini lah saya bila dah besar. Ala malu pulak saya.
Model mana pulak buat photo shoot ni?
Fakta mengenai Seladang
Seladang boleh mencecah tinggi 1.8 meter, panjang dari ekor ke hidung 4
meter. Berat seladang jantan boleh mencapai 1000 kg dan seladang betina
500-700kg. Tanduknya yg kuat panjangnya dalam 60-115 cm.
Seladang sangat sensitif. Sebab tu seladang senang mati
akibat stress. Bila terkejut dengan kehadiran manusia, seladang akan lari jauh.
Jangan cari pasal dengan dia kalo korang tak nak kena tanduk haha.
Pesal ramai sangat manusia hari ni? Oh hai semua.
Jangan lupa add fb Gajah Kacak ok.
Saya kecik lagi. Cepat la bagi tebu tu. Lapar ni!!
Fakta mengenai Gajah
Badan gajah diselaputi kulit setebal 2.50 cm tetapi kulit di
bahagian dalam telinganya hanya setebal
sehelai kertas. Panjang belalai gajah boleh mencapai 1.8 m dan boleh simpan 8
liter air. Sebatang gigi gajah boleh mencapai 4 kg.
Menariknya pasal gigi gajah, bila gigi depan
haus, gigi geraham belakang akan berpindah ke depan menggantikan gigi tu.
Seekor gajah boleh berjalan hingga mencapai 6 km sejam, 2 kali ganda kelajuan
manusia berjalan. Mampu berjalan sejauh 20 000 km setahun.
Penutup
>> Sayangilah binatang. Mereka jugak perlukan perlindungan dari awak2 semua.
>> Agak2nya kat mana aku ni?
>> Cite sambungan pada entri akan datang hoho..
ps: Letak gambar yg ada ko Munir sebab tu je gambar yg ada muka seladang haha.
KLIK KLIK KLIK!!!
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^