Sesuatu yang kecil tapi besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam hidup ni, takkan kau tak pernah rasa kecewa atau pun sedih kan? Jangan nak tipu, kau bukan robot. Bila sedih, kau menangis. Lepas tu mood kau tercampak entah ke mana. Kau rasa nak lempang je semua orang yg tegur kau masa tu. Eh? Ada ke? Amboi ekstrem sangat dah tu haha..

Masa ni, kata2 yg sekecik kuman pun boleh bagi kesan. Sama ada kata2 yg baik atau buruk. Ok kata2 yg buruk tamau sentuh. Kita cuba cakap kata2 yg baik aje.

Kata2 atau sikap yg baik, yg cuba ditunjukkan seseorang yg dekat dengan kau masa tu, masa kau tengah sedih tu, kata2 tu sangat besar maknanya. Sangat. Pernah rasa? Walopon sorang je yg cakap macam tu, tapi boleh ubah emosi yg sakit atau hari kau yg mendung hari tu.


Kesannya? Besar. Sekurang-kurangnya kau tau, ada seseorang yg menyokong kau. Ada seseorang yg ambik kisah. Tapi..tapi, tak semua orang suka diganggu masa dia bersedih. Mungkin lebih baik buat dia tersenyum, ketawa dari bertanya, "Kau ada masalah?". Aku pun tak suka.

Contoh. Sama macam kau mintak tolong kawan buat sesuatu. Kawan kau tu bukan rajin sangat pun.   Terpaksa nak jaga hati kau kot. Penat pun satu hal! Kau cakap terima kasih. Sekarang kau dah balas kepenatan dia dengan satu penghargaan. Terima kasih. 2 perkataan mudah yg bagi makna besar. Sangat besar.

Lagi contoh. Biasakan baca post macam ni. Biasakan baca post pasal motivasi, kata2 semangat atau nasihat. Aku biasa jugak buat. Kalo kau tengah ketawa riang masa ni, kesannya mungkin takde. Kau angguk dan lupa. Tapi kalo ada seseorang yg masa ni tengah bersedih, kecewa atau teruji, dia akan tersenyum. Dan mungkin akan cuba memujuk dirinya sendiri. 

Panjangkan. Mungkin bosan. Mungkin tak ubah pape. Tapi cuma nak kau tau, masalah takkan berhenti. Ujian datang dan pergi. Tapi kau tak boleh mengalah. Gunakan senjata yg kau ada tu. DOA. Ah panjangnya bebelan. Siapa la yg sanggup baca abes kan.


***Maaf pada penggunaan 'kau'. Saje nak rasa lebih dekat dengan kau semua. 


KLIK KLIK KLIK!!!!


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

7 rajin komen:

Sharina Fadzil said...[Reply to comment]

setuju dengan awak :)

kura said...[Reply to comment]

sokong. behave je senang cite. hehehh

mirmashi94 said...[Reply to comment]

x panjang pun akak ^^ . saya lau start membebel lam blog , lagi panjang jadinya . kadang-kadang benda yang kecil macam nie kita anggap remeh dan pandang sebelah mata je . masehh akak sebab mengingatkan yang ade benda kecil tapi perlu :)

Kayu Manis said...[Reply to comment]

agreed.:)

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

setuju..

salunya post seseorang tu akan bermakna kalau kita berada dalam situasi yg mcm die post tu..

=)

Afasz said...[Reply to comment]

sy setuju ngn awak >_<

salam singgah n follow sini

dr
http://afasz.blogspot.com

Hanie Dew said...[Reply to comment]

aku setuju part yg kalau org yg mood nye biasa biasa aje baca mgkin tak rasa pa pe tp besar maknanya bg org yg mood nya tgh terumbang ambing. wahh...ko mcm fairy Cinderella. XD