Showing posts with label puisi emo. Show all posts
Showing posts with label puisi emo. Show all posts

Hanyut



Jari jemari yang memetik gitar ku perhati
Kau nyanyi tanpa mengukir senyum
Hilang..khayal dalam dunia mu

Keras dan dalam suara mengalunkan lagu
Indahnya melodi bila bersatu 
Dengan bait kata yang memukau kalbu

Pejamkan mata... 
Dengar dan hanyut bersamanya
Tanpa jemu aku terus di situ
Gaya mu membuat aku terpaku

Aku suka raut wajah itu
Kau betul-betul tenggelam
Hilang dalam lagu 

Ingin dengar suaramu lagi
Menyanyi dan mengisi sepi hati ini
Di tengah ramai tak mungkin kau nampak
Dari jauh aku memerhati

Dalam ramai yang memuja kau
Aku diantaranya
Bukan pada rupa yang ku suka
Tapi suara mu yang ku cinta

Dalam sebuah lagu ada kisah
Ada cerita bahagia, sedih dan pilu
Tapi bagaimana dengan cerita kita
Apakah sampai di sini cuma
Walaupun masih belum bermula....


Membunuh ku dalam diam
Dengan lagu yang kau mainkan










 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Penjara



Terduduk memeluk lutut.
Tertunduk lemah hilang daya.
Di sudut gelap diam bertapa.
Rasa terpenjara.
Rasa ini menikam diri.
Seperti mahu mati.
Terasing tanpa rela.
Di sini menakung luka.
Apa makna bahagia
Bila jiwa mati sebelum tibanya masa.


ps: saja lepas gian. pendek aje la exam tak abeh lagi. 1 paper lagi weeehuu ;)





 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Pesanan terakhir untuk awak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Awak, dengar sini. Saya nak pesan sikit. Kalau nanti saya tak ada, awak jaga la diri baik- baik. Saya pergi bukan sebab saya benci. Tapi sebab mungkin masa saya dah sampai. Nyawa yang duduk dalam jasad saya ni bukan saya punya. Bila- bila aje Pemiliknya boleh ambik.

Sebenarnya saya pun tak bersedia lagi nak tinggalkan awak semua. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab pernah buat saya rasa saya istimewa walaupun saya bukan siapa-siapa.

Awak, masa yang saya ada mungkin tak lama. Bila saya tutup mata, janganlah menangis untuk saya. Sebab saya lagi sedih. Berat sangat hati ni nak pergi tinggalkan awak. Teruskan lah hidup tanpa saya. 

Maafkan saya, izinkan saya pergi bila tiba masanya. Jangan sedih, sebab saya selalu ada dengan awak. Tak percaya? Bila awak rindu, pejamkan mata. Mesti awak nampak saya kan?

Doakan saya di sana..........



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Duduk atas awan


Terduduk. Terkedu. Mengapa harus aku? Mengapa bukan mereka?

Mereka ketawa. Tersenyum. Aku hanya tertunduk. Menangis.

Di sini, aku seorang. Pandang ke bawah mata membengis. 

Marah pada penyebab segala sengsara.

Tidak adil. Menggeleng. Hidup amat kejam. Puas mengeluh, ku dongak.

Terpana. Oh birunya langit. Oh indahnya. Luas. Teguh di situ.

Lapangnya dada. Terasa mahu terbang. Mahu duduk atas awan. 

Cahaya yang menyinar, menyuluh hati yang hampir mati.

Aku mahu terus hidup. Mahu menatap langit yang indah.

Tangan didepang. Mata tertutup. Kepala mendongak. Sambil berbisik..

Manusia hina seperti aku, masih punya ruangkah di tempat ini?


ps: mood nak menulis takde. berpuisi emo pulak la :p



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^