Banyak lagi pintu yang terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada waktunya, terpaksa jugak berpura- pura. Senyum biarpun hati terluka. Ketawa walopon hati menangis. Jangan pentingkan diri sangat. Mengharapkan orang paham masalah kita. Semua orang ada masalah.

Tak payah nak bandingkan masalah kita dengan orang lain. Masalah tak sama, cara penerimaan seseorang pun tak sama. Mungkin kita nampak kecik je masalah tu, tapi besar bagi dia.



Pape pun yg jadi, hadapi dengan senyuman. Kalo penat, benti sekejap. Tarik nafas, dan jangan lepas. Ops tu kalo nak bunuh diri la. Tenangkan pikiran dan kembalikan semangat yg hilang. Kalo rasa menangis tu melegakan, menangislah. Hidup ni kena diwarnakan dengan tawa dan tangisan.

Bila ada masalah, mungkin kita rasa beratnya masalah tu, rasa macam tak ada jalan keluar. Tapi tak lama pun. Lepas selesai semuanya, kita akan ketawa. Ek eleh, mende kecik je pun. Hari tu rasa cam nak mati je. Rasa macam hilang je harapan. 

Harapan selalu ada. Satu pintu tertutup, banyak lagi pintu terbuka. Tuhankan ada. Tuhan tak kejam. Ingat tau, kita ada senjata yg sangat ampuh. Tau kan apa senjata tu?

kata2 hikmah: Ramai yg boleh bersabar bila ditimpa musibah. Tapi tak ramai yg tau bersyukur bila dapat nikmat. 

Menarik:


Tolong KLIK. TQ


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

5 rajin komen:

kura said...[Reply to comment]

jyeahhh. tuhan kan ada :0

iEdA said...[Reply to comment]

nice sharing...insyaAllah da jln bg stp mslh ^_^

AmirFX said...[Reply to comment]

Bersyukur dengan apa yang ada... :D

Unknown said...[Reply to comment]

sentiasa positif.....
bersyukur dgn apa yg ada.....

Hanie Dew said...[Reply to comment]

tiada masalah yg tiada penyelesaian. tinggal kita nak cari yang mana satu.

ko buat la link entry shawl ngan kian cotton ko kat sidebar senang aku nak klik nanti. nak beli tp bukan bulan ni sbb byk komitmen plak. next month ade lagi kan. kan. stok raya pulak. hihihihi..