Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entri ni ada dinyatakan novel Sunan Musafir, siri terakhir pengembaraan Laksamana Sunan atau Saifudin akan diterbitkan hujung bulan Mei, bukan masa pesta buku antarabangsa yg tengah berlangsung sekarang.
Tetapi, sape2 yg nak boleh dapatkan versi hard cover di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Klik gambar kalo nak tau apa sinopsisnya.
Bagi yg ikut cite ni dari awal sampai yg sebelum ni, mesti tak sabar nak tau penamatnya kan? Tapi aku curious betul pasal si Ratna, isteri Sunan yg dikatakan hidup lagi. Kali ni memang kisah cinta ni. Wah eksaitednye!! Rindunya hamba sama tuan hamba wahai Sunan!!
Sinopsis:
Sinopsis:
Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
ps: sape pegi pesta buku? jeles tau nak pegi jauh pulak :(
Tolong KLIK sini!!
14 rajin komen:
eera belum sempat pegi. teringin nak ada buku ni juge. hehe
tk sangka eera pmbaca novel kisah sunan ni..sama la..rindu sgt..lama dh tggu sambungan nya ni..huuu..saifudin kembali lagi..
sy memang peminat tegar novel RAM... lbih2 lg cerita pasal sunan... minat punya pasal sy dah order on9 novel ni... pasal pesta buku tu memang sy akan ke sana...!!! seronok kn???
jarang baca novel. eh. xpernah pun. hekhek
wargghhh! x sbr nak baca!!
hope ratna masih hidup!
wow !
syaz peminat citer ramlee awang mursyid .
mak syaz pon sama xDDD
novel pengembaraan laksamana sunan sume da baca kecuali yg ni xDD
im going to buy it xP
pesta buku??? tak tahu ler tahun nie sempat ke atau tak sempat pi.....
my niece jumpa this book dekat pesta buku..omayyy..x saba nak baca..fall in love with saifuddin attitude..
sy pun x saba nk baca sambungannya..fall in love with laksamana sunan attitude..rase cam betul2 berlaku kat zaman hang tuah..hoho
camna nak order online tu? sy nak gak
@amir tengok kat www.kelabram.com. order kat situ ;)
Ha?? Ratna hidup lagi???? tolong britahu spoiler boleh?? Dlu saya ikut crita ni, tp pas Si Ratna mati saya geram betul!!!
Ha??? Ratna hidup lagi?? Bagi spoiler boleh?? Dlu saya ikut, tapi pas Si Ratna mati, n Sunan dgn Hartini tu, Saya frust btl! Nsb bek dorng tak kawin..Pls bg spoiler ye..
Nak versi baru...yg kisah berlatarbelakang zaman dulu..macam mana tok guru berperantauan mencari ilmu persilihatan yg penuh muslihat kasi sayang hamba abdi sebelum bergelar tok guru.
Post a Comment