Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blog bertukar genre sekejap haha........
Ada ke org jatuh cinta sbb rupa semata-mata? Rupa paras, fizikal luaran yg menarik, kekayaan dan status yg tinggi membuatkan orang memilihnya?
Kita selalu kata tak adil untuk menilai cinta berdasarkan rupa tapi kadang2 kita jugak mahu yg sempurna. Dalam tak sedar kita memilih yg cantik aje. Itu lumrah manusia yg suka pada keindahan dan kecantikan. Tapi salah ke?
FACE-HEART-LOVE!
FACE: Mungkin pada awalnya kau menyukai dia kerana kecantikan luarannya tapi akhirnya kau akan jatuh cinta pada kesucian hatinya. Rupa aje tak menjamin kebahagian. Cantik/hensem macam mana pun dia, kalau tak rasa bahagia dan hepi dengan dia, kau akan tinggalkan dia jugak.
HEART: Akhirnya kau sedar dia sangat berharga. Seseorang yg buat kau ketawa, buat kau selalu nak bersamanya dan yg sentiasa buat kau rasa istimewa mana boleh nak diukur dengan rupa paras saje. Kan lebih baik macam ni, "Dia baik walopon tak cantik/hensem" dari macam ni, " Dia cantik/hensem tapi perangainya..."
LOVE: Orang yg jatuh cinta sebab rupa tu mungkin dia tak serius. Rupa paras jadi ukuran cinta? Tak logik tau tak. Kita nak hidup dengan orangnya, bukan dengan rupanya. Kalau dah sayang, mestilah si dia nampak cantik aje di mata. Kan?
Ni la akibatnya lepas tengok drama Korea Mind and Love. Sangat best cite ni. Hero dah la hensem. kikiki.. Tak tau pulak ada jugak cite Korea yg macam ada pengajaran sikit. Takde la jiwang semata.
10 rajin komen:
hero hensem. hero hensem. amboii.
cantik luaran belum tentu menjamin cantik dalaman... tapi kalau cantik dalaman.... terserlah kecantikan pada luaran.....
@kura hero kalo x hensem mne ade feel haha
@remyhazza cantik dlm yg penting kn
smua org bole jadi cantik dr aspek fizikal..
tp bukan semua org bole jadi cantik dr segi peribadi..
Bestla
layan je bce entry ni
oh ade cte ni eh. Mne nk cekau cte korea ni
gian nk tgk
uwahh penangan tonton movie korea rupanya. hehehe
cite korea ape ni? tak pernah tengok pun.. hmm.. betul2.. kalau boleh, biar datang dari ati r.. tengok muka memang susah r .. hmm
Kang Ji Hwan oppa!!! aku fan dia. sgt hensem. k-drama mmg ada pengajran dlm setiap dram diorang. pecaya la. disebalik kejiwangan..err takde jiwang sgt pun. jiwang sweet je diorang. adab sopan masih ada tau.
tp skang ak rasa ssh gile nk cari org yg xmemandang pd rupa.ak igt lg time diploma kelas bel. kteorg discuss topik psl2 ciri idaman dlm pasangan. mostly jwpn sang teruna no 1 nye terletak pd rupa paras.. ke 2,3 dan seterusnya bru la agama, etc.. haishhhhh cmner tu? hehe
Post a Comment