Lagu Melayu dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lagu dulu dan sekarang memang berbeza. Berbeza dari segi muzik, tempo dan lirik. Ceh macam tau je padahal main sebut je kah3. Tengok la sekarang kpop dah macam virus kat negara kita. Cepat je menular dan berjangkit. Bukan setakat pada lagu, tapi pada baju jugak. Dan rambut mungkin haha.. muka gelap ada hati nak rambut merah. Geli la. 

Larik tajuk pulak. Berbalik pada lagu tadi. Ramai lagi yg masih minat lagu Melayu? Aku nak cakap pasal lirik. Lagu2 lama liriknya agak puitis dan ada maksud tersirat. Lagu sekarang? Biasa je. Ada jugak yg sedap liriknya. Tapi kebanyakannya tak membawa mesej, tak puitis, tak berbunga la kononnya. 
Lirik lagu sekarang agak pendek. Sebab tu asyik diulang rangkap yg sama je. Sampai cepat bosan nak dengar. Depends pada selera memasing. Aku kalo lagu best, lirik tak berapa, tak lama lah minat tu. Cuba la dengar. Lirik kadang2 takde kena mengena. Baris yang bawah tak sama macam yg atas. Macam pelik.

Berbeza dengan lagu dulu. Setahu aku lirik yg ditulis M.Nasir dan Arwah Loloq (Rosli Khamis) ada maksud dan kisah yg tertentu. Ada jugak lagu yg ke arah ketuhanan. Banyak lagu M.Nasir yg bercerita tentang Islam, sejarah dan jugak tokoh tertentu. Padahal mana nak dengar lagu2 Sifu tu.

Tapi lagu2 macam yg Sifu buat tu agak berat. Kalo yg tau boleh la dia paham maknanya. Sebab tu orang tak berapa nak minat. Memang orang dengar lagu nak seronok2 je tapi lirik yg baik sampai ke hati kan? Tak nak cakap banyak dan merepek lagi, jom layan lagu orang mati. Eh tak, lagu yg menceritakan tentang kematian, tempat tuju yg abadi, Istana Menanti, Rahim Maarof. Zass.. kikiki




 Menarik:

ps: bosan ek? aku ni pencinta lirik. sape lagi yg nak menghargai seni kalo bukan kita? kah3 bajet cam komposer lagu :p

KLIK!!!

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

15 rajin komen:

kura said...[Reply to comment]

rahim maarof. amboiiii :0

AmirFX said...[Reply to comment]

Lama dah tak layan lagu2 lama...

Unknown said...[Reply to comment]

old school still the best! hehehe

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

serius...lagu2 old school mmg best..layan banyak kali still nak dengar lagi...hee~

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

lagu lame mmg best...
tmbh2 lagu rock kapak! hahaha

xtw plak istana menanti nie pasal kematian..nmpk sgt sy dgr tp x hayati..hehe

Zaerin said...[Reply to comment]

alah . kpop kpop tu pon bukannya best .
duku syaz pon gila kpop . skunk dengr lagu matsalih yg slow slow je . sedap telinga mendengar , wawawawa .
dengar kpop pon bukannya paham xDD
lagu melayu pon best je , tpi tak seberapa nak maju ke hadapan .

Unknown said...[Reply to comment]

lagu lama2 best...

Salina Mat Isa said...[Reply to comment]

tak kesah la baru ke lama..tak berapa minat lagu2 ni..dengar je la..hehe..

Lea Isnawi said...[Reply to comment]

lagu dulu sampai 5 hingga 6 minit
lagu skrg 3 4 minit je

mirmashi94 said...[Reply to comment]

lagu melayu banyak jiwang . pheww~ jarang dengar lagu melayu . hik3

Unknown said...[Reply to comment]

lagu2 lama lebih menyentuh hati.....
punya roh dan jiwa....

Eera Shera said...[Reply to comment]

ade yg ckp istana menanti maksudnye alam kubur

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

lagu lama memang best

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

lagu lagu tahun 80 -an dan 90 - an..belum lagi era 60 - an dan 70 - an lagi

Nana said...[Reply to comment]

haa,betul..lagi2 lagu raya..tu paling tak lapuk ditelan arus permodenan...