Bahaya ke mandi malam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku suka sangat mandi malam especeli kalo kat rumah. mandi sebelum tidur memang best. tambah2 aku ni bukan yang jenis tidur awal. bukan saje2 tapi susah nak tidur. dah terbiasa dari kecik. bila mandi sebelum tidur, dalam pukul 11 macam tu, mesti mata cepat mengantuk. cepat pulak lena.eh, orang cakap mandi malam bahaya ek? rosak paru-paru? abah pun selalu tegur sampai dah tak lalu nak cakap apa dah. hehe..

tapi tapi..cer baca kat bawah ni dulu...maka ceritara pun bermula..eheh.........(keluar asap)

Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus".

“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam".


“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)”. mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
..........................(tirai di tutup)


ps: baru lepas mandi ni. ngantuk dah mai.....




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

22 rajin komen:

Zehan Ilyana said...[Reply to comment]

yesss!
akhirnya ada jugak kajian mengenai mandi malam!
saya selalu mandi amalm, and selalu kena marah..
err..*kantoi*
hehehe..
yeay! lepas ni, diorang takyah risau lgi sbb mandi malam tak ada kemudaratan..:D

Unknown said...[Reply to comment]

o tak bahaye la ye

Unknown said...[Reply to comment]

bahaya sb leh paru2 brair.. jangn mandi kul 9-11.. lepas kul 11 leh.. alamak, lupa plak mana zuan dpt info ni.. klu ada leh bg link dia..try la google :)

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Teenager Housemaid pas ni mandi malam dgn hati yg lapang haha

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Iffah Afeefah tak la kalo bahaya saman doc tu haha

Unknown said...[Reply to comment]

remy selalu jugak mandi mlm.... ada jugak terdengar kalau mandi malam tak elok... sejuk.... nanti paru2 berair......
tapi thanks for sharing the info....

mirmashi said...[Reply to comment]

ehh baru tahu boleh . hik3 . ingat x boleh . dpt ilmu baru dtg sini . :)

Khuzrin Kamarudin said...[Reply to comment]

Mandi malam ni mandi sengaja ke mandi sahaja? har har har...

Anonymous said...[Reply to comment]

betul nie??? hahaha ok bagus! da ade point nak jwb klu ade org marah CK mndi mlm..
Memang betul, mndi sblum tido wat kita selesa dan lena.. ;)

Dylla Abas said...[Reply to comment]

setuju dgn entri ni...akk selalu jgk mandi malam..mmg senang nak tidur :)

Juliet_iRa~" said...[Reply to comment]

btol tu..kalau lepas mandi msti rs ngantuk terus..hee :D

Nong Andy said...[Reply to comment]

Mandi malam o.k, memang lebah lena n selesa tidur, tapi sebaiknya mandi pakai air suam sebab kalau mandi mlm dgn air sejuk kita org pempuan cepat masuk angin n ada org ckp x baik utk tulang kita.

*Setiap malam mandikan anak (x perlu siram kepala) sebelum dia tidur. mudah sikit dia tidur :)

rozeeta rashid said...[Reply to comment]

boleh eh? selama ni ingatkan tak boleh. biasa dengar mandi malam nanti kena paru2 berair.

Jue said...[Reply to comment]

mcm rozeeta ckp, aku pun ingat paru2 akn berari but yet aku still gak mandi lewat hahaha sbb kkdg blk keja lmbt..x mandi kang bdn berbau haha

NIZAM said...[Reply to comment]

Oh, sy suke mandi mlm. kalo kat hostel la. serius. sy akan mandi suke2 hati je tak kira waktu. tp kat umah takle, mak ckp bhy. tp thanks la atas kajian ni. so, bleh la mandi mlm2 tanpa rasa ragu lagi. hehe

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

mmg lena tidur kalau lepas mandi ni..hee~

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

ndak suka mandi malam...bahaya untuk kesihatan

Hanie Dew said...[Reply to comment]

aku suka part kuar asap tu. hahaha.

aku pun ingat mandi malam kene paru paru berair. bole la ye.

mandi malam best.badan bersih,tido pun lena.pagi pagi lambat gi keje. hahahahhaa

saffiya_aleesya @ echa said...[Reply to comment]

saya suka sangat mandi malam tambah2 lak sebelum tido..memang best ar..sejuk jer bila tido..

Si BuDaK KaChAk said...[Reply to comment]

sy tergolong dikalangan org yg ske mndi mlm...

lpsni xde sape nk mara sbb ada kajian dah mmbuktikan mandi mlm xbhye...hehehe

nice sharing...

=)

AmirFX said...[Reply to comment]

Kalau selepas bersenam malam hari tidak digalakkan mandi sebab time tu paru2 tengah mengembang untuk mendapatkan udara.. Kalau cepat sangat sejuk, paru2 boleh meletup.. :D

Pen MErah said...[Reply to comment]

blh mandi mlm tp xle amalkan selalu.