Pernah korang
buat kerja last minute? Study last minute sebelum exam? Kalo pernah, tahniah!
Korang memang sukakan cabaran. Kata orang, barulah thrill kan kan..
Tapi beragak
jugaklah last minutenya pun. Kalau kerja tu agak susah dan banyak, buatlah awal
sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukan apa, takut jadi gila bila kena
abeskan semua kerja dalam satu malam. Tengok jugak kita paham ke tak, tau ke
tak apa yang nak dibuat. Kang meraung pulak.
Kelebihan? Masa ni lah idea mencurah-curah ke
ladang gandum. Kalo buat awal2, asik blur je. Bila dah nak anta, macam2 idea
keluar. Lagi, boleh buat senaman jari. Tahukan anda, jari-jemari anda juga
perlu bersenam bagi mengelakkan osteoporosis. Jari2 korang akan menari-nari di
atas kertas ataupun keyboard laptop tanpa henti. Tambahan pula, (macam karangan SPM) dapat membantu
neuron di otak bersambung bila korang banyak berpikir. Makanya, otak korang
akan bekerja setelah bosan dihadapkan dengan Facebook, Blog, game, movie dan
sebagainya.
Last but not
least, (macam esei BI) korang juga
dapat menguji keupayaan diri bekerja dalam tekanan. Terbukti korang remaja yang
sukakan cabaran! Barulah ada thrill beb! Haha ni semua adalah alasan yang nak
menyedapkan diri sendiri :p
Keburukan? Korang mungkin mengalami masalah jiwa
sebab terlampau stress. Jadi blur, mengelamun dan meraung. Korang akan ada
masalah tidur (oh tu biasa). Keje
yang dihantar pun mungkin kurang kualiti. Yang teruknya, korang tak tau nak
buat apa, sangat terdesak sampai korang akhirnya terpaksa meng-kopipes keje
orang lain. Paling teruk, korang tak siap dan tak sempat/terlambat hantar.
Kahkahkah padan muka!
10 rajin komen:
akk pun suka buat kerja last minute Eera..dan akk sgt setuju dgn entri ni...hehe :)
depend on kerja. kalau dah kerja nnti selalu akan dpt projek terkejut. so. baik last min. hehe
keburukkan tu patut dielakkan kan.. huhu so jgn la keje last minit.. last minit tu idea mungkin gila2, tp sempat ke realisasikan idea tu? huhu
betul2..ada pro & kontra tu..tp mcm suka jgk keja last minit huhu
banyak keburukan sebenarnya...apapun kena buat perancangan awal supaya hati ndak tertekan...hehehe
cam biasa jer remy buat masa jadi student dulu....
Best gak kalau keja last minit nie.. Kadang idea tu datang mencurah2... :D
selalu! hahaha
mase awl2 d beri tugsn bersemngat.. seleps 2 hari.. trbgkalai.. bila nk dekt due date, kelam kabut!
:D
tu la...ada kelebihan dan keburukannya buat keje last minute ni...tapi sy selalu buat...haha...time tu la macam2 idea keluar...tapi kalau tak siap..pandai2 tanggung sendiri la kan..sape suruh buat kerja last minute...hee~
woahh penah2 tp disebabkan aku bkn jenis mcm tu maka mende x best tu aku rs skali skala haha
Post a Comment