Sinopsis:
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?
sumber: Alaf21
Sebuah kisah
yang berbaloi untuk dibaca. Seperti novel2 RAM yang lain, HDH ternyata tidak
menghampakan dan seperti biasa, jalan ceritanya sukar mau diramal. Sedikit
kelainan, HDH agak berbeza dengan novel RAM yang lain kerana menjadikan cinta
sebagai tunjang jalan cerita. Namun babak aksi dan pertarungan mewarnai cerita
ini memandangkan ia sebuah kisah cinta antara yakuza. Percintaan berdarah!
aku pun ada pedang samurai haha
Aku
tertawan dengan kehebatan Ryu Watanabe sebagai seorang samurai. Sambil
membayangkan aku ini Noriko yang amat dikasihi Ryu Watanabe.Hihihihi…Ryu Watanabe, lelaki hebat tapi kisah silamnya sangat pahit! aku rasa
HDH antara buah tangan yang terbaik dari RAM walopun novel2nya yang lain tak
pernah menghampakan.
Nota hati:
semua orang berhak mendapat peluang kedua…
9 rajin komen:
percintaan berdarah.....
tragis nyer....
aku belum sempat baca yang ni lg :)
xde mse nk bce novel skang ni...huhuh
woww.. percintaan berdarah tuuu @_@
tak pernah baca novel...hee...
samurai?.. mcm best jew. tp problem nye malas bace buku or novel :(
saya memang suka baca2 cerita yang gaduh2 ni... samurai2 gitu.. ekeke
disebabakan bc kelam kabut aku baca Ryu-Watanabe jd Ryu-Wannabe haha sorry boss
nanti aku p usha novel neh
macam sedap je ni di baca.. ala aku ada dua lagi novel tak sempat baca abis.. busy bah..
Post a Comment