Apecer abang dan kakak! (bajet kecik lagi) cam dah lama je kite tak update kan. agak2 dah 2 tahun kot. isy kite kecik2 dah pandai nipu..terok kan. kite malas nak update, bukak laptop pun malas sebab kite..isy malas la nak cakap..emm kite..emm kite (sambil garu kapla) kite buat ni hah...
dalam 2 hari gak la melayan novel ni (jadi dewasa). tak la 2 hari sangat sebab sempat baca malam je sebelum tidur. pulun la abes kan malam tadi. dah la pagi ada lab. cite ni best sangat!!
nah sinopsis: LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
dari: KELABRAM
bagi peminat RAM, takyah pikir ape dah.novel RAM memang sedap. takyah ragu2 dah. kalo yg taknah bace novel dia, cer la bace. kalo yg layan cite jiwang je, tak yah baca kang kate bosan pulak. kalo tak minat novel langsung, hendak ape hamba katakan lagi :p
cite kali ni lebih kurang macam Rahsia Perindu. cite tentang orang yang mengalami psikosis atau gangguan jiwa atau delusi dan seumpamanye. tapi bagi aku F302 ni tak mampu lawan Rahsia Perindu yang memang 'gila' abes tu. cuma kisah pembunuhannya lagi rumit. nak tau sangat sape dalang yang sebenar.
ps: hati-hati dengan 302. padahnya hukuman mandatori gantung sampai mati..hehe..seram tak seram tak ^^
22 rajin komen:
err zuan baca komik je..lalala~
hee..tak pernah baca novel2 mcm ni..tp mcm menarik je novel ni..hee~
jarang baca cerita ram ni..hohoho..
tulisan Ram lain dari yg lain......
Suspen triller.....
kekadang mendebarkan.....
suka gila ngn R.A.M ! paling suka baca tombiruo XD
selalu layan novel jiwang aje :P haha! lau try nk baca novel thriller gini , sah2 x pernah abeh . XD
menarik ceritanya...insya Allah kancil akan membaca buku nie...
Seramnye! terus takminat. sy suke cite hepi2 go lucky. hehe.
cambest je buku tu..nti nk try hehe
Salam ziarah....
novel berat cenggini takut sikit nak baca...hihi
tak berani nak baca. ewahh.. hahha
wah mcm menarik lain dr lain..biasanya cinta2 je kan hehe...
dah lama jannah tak baca novel. kang kalau dah start baca novel memang tak leh nak wat kerja lain. huk3
mnarek neh..nak cr la nanti kat kinokuniya
sbb novel aku smua dah abis baca hahaha
novel melayu..genre seram.. surely i wont even have a look on it..haha!
:)
macam best...
terasa nak membaca.. panjangkah ia?
baca blog orang n cleo je sekarang ni. haha. minat jugak baca novel. masa kecik2 dulu lagi la. macam2 buku cerita ada.
macam menarik je cerita dia. nanti nak beli la. hehe.
tak pernah g bace novel fiksyen camni.. cover macam menarik.. kne try ni..
Mcm best jak... Ada novel satu lagi aku tak strt baca huhuhu... Mari membaca oyeh!!
tengok kulit p0n da menakutkan @_@
ngeri la..xnak aku baca kang tak bole tido..
Post a Comment