Cinta Perisa Dia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mengisahkan Hadif Imran, seorang penyanyi yang terkenal tapi masih belum berumah tangga. Walopun selalu didesak bondanya untuk mencari calon isteri, Hadif tetap dengan pendiriannya yang merasakan terlalu awal untuknya berkahwin apatah lagi karier seninya berada di kemuncak. Akhirnya tanpa pengetahuan Hadif, bonda mengadakan Rancangan Mencari Menantu yang dirancangkan bersama TV9 untuk mencari calon isteri Hadif.

Hadif, seorang lelaki yang penyayang dan pelindung disebalik sikapnya yang kelakar, sengal dan gila2 terutama apabila berkumpul bersama kawan baiknya yang sama2 membesar di rumah anak yatim, Fiqri dan Darwis. Aku tersenyum membaca keletah mereka bertiga. Bagusnya kalo ada artis macam Hadif ni, pandai menjaga batas pergaulan. Aku suka dengan watak Hadif. Sampai dah abes baca pun, tetap terbayangkan dia hihihihi… :p

Calon2 isteri Hadif juga ada macam2 watak dan sikap, dan ada antaranya seorang tukang cuci! Ada ustazah dan jugak model terkenal. Diakhir rancangan itu, hanya satu pilihan yang perlu dibuat. Siapa agaknya pilihan hati Hadif, ustazah, model atau si tukang cuci yang tak menyukainya?

“Perempuan zaman sekarang, nak kenal mana satu beras mana satu pulut pun susah” – Hadif Imran.

“Lelaki zaman sekarang pun suruh mengaji gagap, tapi cuba suruh masuk rancangan Jangan Lupa Lirik, bukan main lagi dihafalnya”. – Diana 

kalau korang suka cerita yang simple dan suwit, cer la baca novel ni ;)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

10 rajin komen:

cik Kartun said...[Reply to comment]

suka bace novel sengal2 nie.
dpt gaji hujung bulan nak p cari r! hehehe

Masz Sidek said...[Reply to comment]

sy memang tengah cari buku ni...
kat kuching ni... stok buku lambat datang... huhuhu...
beberapa kali dah sy pergi popular tp tak da jak... huhuhu

Munnafendy said...[Reply to comment]

nasib ai boleh beza mana beras mana pulut =)

remyhazza said...[Reply to comment]

waah..... rajin kasi sipnosis....
nampak cam ohsem jer novel nie....
InsyaAllah....
jln crita yg menarik....

AmirFX said...[Reply to comment]

Musim membaca novel ke sekarang nie? hahaa...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...[Reply to comment]

err i'm not into novels.. :)

Cik tikah said...[Reply to comment]

macam2 la tajuk novel bm. kan

Zaf98 said...[Reply to comment]

wah!!! bace sin0psis pun dah tertarik! apatah lagi isinya~ nak beli nak beli!!

thanks kak, pr0m0te n0vel ni~ b0lehlah sy carik nanti~

era kecik said...[Reply to comment]

eeee.. nak bace ler. >___________<

Teenager Housemaid said...[Reply to comment]

whoa...nnt nak try bacalah..:)