Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati. walaupun Leftenan Adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan regimennya.
diambik sebijik dari: blog ALL IN ONE
(lebih detail di wikipedia)
Teringat dulu masa pi tengok FILEM LEFTENAN ADNAN kat panggung. peh menangis la jugak.. hargailah perjuangan dan pengorbanan wira2 kita. atas jasa dorang dulu kita mampu hidup selesa sekarang. semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah.....
ps: Valentine's Day? apa tu?
18 rajin komen:
nice sahring dear!
tringat filem perang tu.. memang best.. dia hero yang brjuang untuk free kan negara kita.. tp anak2 muda skarang? trlalu tksub dgn barat yang pernah jajah kita
whoot whoot sejarah nie..:)
Selalu jek tengok tak habis cite tu.huhu=.=
wahhh, inilah yang kita harap2kan drd generasi muda untuk sama2 memperingati lipatan sejarah yang berlaku pada 14Februari...
bukannya meraikan Valentine dengan kisah sejarah yang telah melakar sejarah pendarahan umat Islam
peristiwa ni berlaku masa 14 febuari ke? laa...
hero Malaya.
NNTI NAK SURUH ANAK2 BACA
TQ ADIK.
aku suke mende yg bsejarah neh..tgk cite dia kat tv byk kali pun x bosan beb
kagum baca sejarah pasal beliau nih..
baru tahu bnyk jugak yg berlaku 14 hb Feb ni kan.. ingtkan v'tine je yg ada hahahaha
teringat filem Leftenan Adnan tu..mmg best...wira2 Malaya yg berusaha untuk mempertahankan negara...:D
leftenan adnan, hehe XD
info yang menarik...kancil suka tengok cerita nie...kancil ada simpan DVD dia...memang terharu...moga sejarah tidak akan melupakan pengorbanan beliau...
suka entri nih
saya pun xtahu apa itu valentine day
hehehe
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
lebih baik mengingati kisah sejarah dari meningati hari kekasih. no valentines day! :)
ooo bukit kepong :)
Belum pernah tgk lagi cerita tu...
0whh.. baru ku tahu huhuhu
adew yg smbut vlntine ke??? ish2 *geleng pale, smpai nk trcbut -_-'*
Post a Comment