Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Solat ko dah cukup ke nak nasihat kan orang?"
"Tak payah berlagak macam ustaz/ustazah la. Diri sendiri pun tak bagus"
"Jaga kubur masing-masing je la"
Biasa nampak kan kata2 ni kat Fb. Mungkin kat blog pun ada. semuanya sebab kita post status atau entri yang berkaitan agama atau pun nasihat.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.
Kalo nak tunggu semua jadi sempurna, siapa yang nak tegur setiap salah kita. Kita bukan Nabi yang maksum- terpelihara dari dosa.
kalo rajin, cer baca kat sini, cerpen Status yang diangkat ke langit
ps: kubur memang lain2 tapi yang nak kuburkan tu orang lain jugok..ke nak gali sendiri?
20 rajin komen:
terima teguran yg membina......
kekadang kita lupa yg kita masih berpijak dibumi yg sama.....
:)
well said :)
ada baca status Remaja Power- Ezad Amir? pemilik blog minda kronik?
itu pon best juga :)
sungguh menginsafkan :)
wlaupn x cukup solat, tak salah menegur kan :)
insaf..
bila ego menguasai diri daripada akal...tu yang menjadi macam tu...apapun...setiap yang menegur ada sebabnya...sebagai contoh seorang ayah merokok tapi melarang anaknya untuk ikut dia merokok...tujuannya tidak mahu ikut seperti dia membazir dan akan jatuh sakit..cukuplah untuk dirinya sahaja
kena gali siap2 la klu nak mati sorang2. heheh
cili kan je mulut org yg selalu ckp cmtu
pernah jugak kena sound mcm tu. yerlah kita pon sdr diri kita tak adalah bagus mana. tapi bila kita menegur bukan bermakna kita baik. cuma kesian kan dia. haishh
tak salah kalau nak menegur kan...:D
ehehhe macam2... :)
apa pun kita dah buat yang terbaik, kita dah jalankan tanggungjawab dengan menegur dan menasihati..
betul2
kita kena saling ingat mengingati
:-)
ayat last tu syle. hehe
takperlu sempurna utk menegur tp kadang kita ni rendah diri sgt. huhu.
aku baru baca komen ko. "haha comel je kak hanie..typo abes kah2..ingat kan sebutan je slh..vi-log hehe igt lg :p" kemain ko kan ingat aje tu.
kalau nak xchange entry ngan zuan, PM me at my FB ek :D
sepatutnya diowg ambil tegurran nie untuk memperbaiki diri bukannya perli owg yg tegur...tak salah kalau kita dengar sekali sekala teguran owg..kn? ^^
saling tegur menegur. sama2 jadi yang lebih baik. =)
orang tegur tu kira syukurlah.buatnya hantu kak limah yang tegur tak ke meroyan jadinya..haiss..
hidup ni kan give and take..:)
bila kita nasihatkan org actually kita juga nasihatkan diri sendiri..:)
Hehe.. Betul gak tu.. Abis kalau nak tunggu sampai perfect samapai bila kan..
tringat dulu kwn aku pnah ckp "kubur lain2"
aku jwb "mmg kubur lelain, tp mau kita kubur nxt to each other, x ke penat aku dgr ko tjerit2"
hihi
Post a Comment