Coretan buatmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Izinkan aku semadikan nama2 dorang dalam blog ni. Dan citer pun bermula……

Aku demam masa tu. Nak bangun tak larat….. “Ira, nah minum 100plus aku beli ni”. Roza memang suka belli kan aku 100 plus tiap kali aku demam sampai aku sihat. Lepas tu bising suruh aku makan ubat.

“Za, aku lapar la. Buat la nasi goreng”, kataku sambil usap2 perut dengan muka tak malu. Dia buat je. Dengan syarat aku potong bawang, aku tumbuk cili.ok deal!

Si Roza Liyana rumet masa tahun 1 & 2 yang prihatin…..

Aku sedih. Rasa cam nak nangis. Aku keluar billik (hostel), bawak tepon, dok kat tangga then call orang. “Qila, aku  sedih la”. Orang yang jauh beriban batu tu jawab, “Kenapa ni beb. Cer cite kat aku”.

Aqilah kawan dari skola tempat aku mengadu susah dan senang…

“Wani, nah ni aku bayar duit tambang tadi”. Masa tu baru balik merayap. Kalo nak jenjalan mana2 ajak je dia. “Eh, tak payah la. Berapa je pun”.

Tu la Zawani. Kawan skola yang pemurah walopon berasal dari keluarga yang sederhana….

Aku jarang nak kena selsema. Entah sape la yang sedekah virus kat aku ni. “Ko ada ubat tak ni? Mai ambik kat aku”, Nad ada aje bekalan ubat kat dia.boleh bukak farmasi dah kot haha..

“Kita kerja dulu, nanti kita apply master sama2”, bercahaya mata Nad sambil cakap tu. Semangat betul nak sambung Master. InsyaAllah ada jodoh berjumpa lagi kita.

Yang tu Nadiah, kawan satu course, mula rapat dari masa orientasi lagi….

Asal dah lama tak balik cuti, datang la sms, “Shera, bila ko cuti ni. Lama dah tak jumpa ni”, sender: Iki. Cakap rindu tapi dia jugak yang susah nak keluar sebab asik kerja je. Buat aku, Qila ngan Wani geram! Tapi katanya kitorang tetap tak dilupakan.

Si Fikkri, bekas ketua kelas yang tetibe emo tak tentu pasal...

Ini kisah aku dan kawan2. Tak ramai kan kawan aku. Ada tapi tak rapat. Ini mereka yang tahan dengan aku yang mood kadang tak menentu, yang suka bercakap tak tau nak berenti, yang suka merepek, buat lawak bodoh, yang banyak kekurangan. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat. Amin..





Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

14 rajin komen:

remyhazza said...[Reply to comment]

bahagianya hidup biler dikelilingi oleh kwn2 yg begitu take care tentang kita.....
jagalah hati semuanya......

leeyana said...[Reply to comment]

waaaa...nak nanges nih...:(

Iffah Afeefah said...[Reply to comment]

kdg rindu kan?

cIk JanNah said...[Reply to comment]

untung mereka punya kawan mcm kamu dear...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...[Reply to comment]

wonderful friend :)

Si BuDaK KaChAk said...[Reply to comment]

bestnye kwn cmtu....

=)

Nong Andy said...[Reply to comment]

Best lah kawan-kawan ko Eera! sonoklah aku baca kisah kengkawan Eera ni :)

mesti Eera ni kawan yg best :)

*Bangga lah jadi kawan alam maya Eera :) kan kita sama-sama lanun 1pis hehehe.. (kita kawan kan?) hehe..

AmirFX said...[Reply to comment]

Cool! Wish them all the best.. MMg susah nak jumpa kawan yang memahami sekarang nie... :D

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Nong Andy, sy x best..tp sy untung sbb dorg yg best ;)

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Nong Andy, sy x best..tp sy untung sbb dorg yg best ;)

Juliet_iRa~" said...[Reply to comment]

wahh untungnyaa..:)

rmai kwn y sgt caring..

Diyana Norman said...[Reply to comment]

Amin.. moga persahabatan korunk kekall

Dylla Abas said...[Reply to comment]

bkn senang nak dpt kawan yg sntiasa ada saat suka n duka kan..??

Hanie Dew said...[Reply to comment]

nak mengalir ingus baca. rasa terharu pulak kalau baca kisah persahabtan ni. sebb zaman dunia serba mencabar ni susah nak kekalkan persahabatan kita.