Dia...hadiah dari syurga



Dia menatap wajahnya yang sedang lena diulit mimpi. Dia tersenyum, menikmati betapa indahnya wajah cinta hatinya itu. Sangat mendamaikan. Ditatap penuh kasih lalu dibelai penuh kelembutan. Diusap rambut dan dicium dahinya meluahkan cinta yang sarat di dalam jiwa.

Cinta hatinya hadir di saat dia tak lagi mempunyai apa-apa di dunia ini. Ketika semua yang disekelilingnya membenci, kekasihnya itu hadir bersama cinta. Bila mana dia merasakan takdir amat kejam terhadapnya dan merasakan hidupnya hilang arah tanpa tujuan, si dia menghulurkan tangan.

“Awak tak keseorangan. Saya sentiasa ada untuk menemani perjalanan hidup yang panjang ini. Biarpun lelah, saya sesekali takkan mengalah”, itulah luahan cinta hatinya di awal penyatuan mereka dulu.

Dia menyentuh lengan kekasih hatinya, dibelai penuh kasih. Kekasihnya itu tidak terganggu lenanya. Tangan itu dikucup dan digenggam. Kenangan lampau terbias di dalam fikiran. Sungguh dia tidak menyangka Allah telah menganugerahkan nikmat yang paling tak ternilai di penghujung penderitaannya. Benarlah kata-kata bahawa Tuhan itu tak pernah meninggalkan hambaNya keseorangan.

“Sekalipun satu hari nanti Allah mengambil saya semula, jangan bersedih. Saya selalu dalam hati awak, saya akan jadi bayang-bayang, mengikut ke mana saja awak pergi”, ikhlas katanya sambil tersenyum.

“ Tuhan, terima kasih kerana menyayangi diri ini. Aku bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk mencorakkan hidup ku kembali. Kisah semalam yang diselubungi kegelapan telah jauh kutinggalkan. KAU kurniakan aku cinta yang agung dan suci yang membawa aku mencari jalan ke syurgamu. Semoga cinta kami bersatu sampai ke syurga”, bisiknya sambil membelai wajah kekasihnya.

Sambil menyelak satu-persatu halaman cinta yang mereka cipta bersama di dalam fikiran, dia pun turut melelapkan mata, sambil meletakkan tangan kekasihnya di dada, dekat dengan hati. Malam semakin sunyi ditemani cahaya bintang yang mencorak kegelapan malam. 



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

7 rajin komen:

Unknown said...[Reply to comment]

Buat cerpen ke ni

bestla

Unknown said...[Reply to comment]

cinta kerana Allah, bagus cerpen pendek ni :)

zuan tak pandai nak mengarang mcm ni

Anonymous said...[Reply to comment]

aku pun yakin yang jodoh itu smpai tika tiada ape untuk kite banggakan...

Eera Shera said...[Reply to comment]

thanx sudi baca..

@rapunzel, sedapnye ayat tu hihik

Nong Andy said...[Reply to comment]

Wah.. hadiah dari syurga? memang.. Dia tak pernah lupakan hambanya.

Hari ni mungkin kita menderita.. tapi 10 tahun kemudian? mungkin Dia akan turunkan Bahagia yang belipat ganda :)

Kayu Manis said...[Reply to comment]

nikmat yg tak ternilai di hujung penderitaan..

bagusnya semua perkara di dunia ini kita dahulukan Allah.

kerana kita cuma hamba, yang hanya sebagai pelintas jalan.

Unknown said...[Reply to comment]

hadiah yg bernilai....
hikmah disebalik kesabaran dan pengorbanan...