Dia punya
segalanya. Wang, harta yang berjuta, pangkat dan kuasa. Dia dikurniakan
kepintaran dan kecantikan yang lebih daripada biasa. Dia punya keluarga dan
teman yang menyayanginya. Namun, dia sentiasa merasakan ada sesuatu yang masih
belum cukup. Seperti ada kekosongan yang perlu diisi. Hatinya tak pernah
tenang. Perasaannya tak tenteram. Ke manakah perlu dirawat raja dalam tubuh
tubuh itu?
Rakannya pernah berkata, kegelisahan itu
berpunca dari sikapnya yang tak pernah menyembah Pencipta. Bibirnya tak pernah
memuji Allah. Apatah lagi hatinya yang selalu angkuh mengatakan semua yang
diperoleh adalah hasil dari usahanya sendiri. Bagi insan jahil sepertinya, dia
menganggap tanpa beribadat pun hidup dia senang.
“Ah, Ahmad
drebar aku tu tak pernah tinggal solat, selalu mengaji. Apa yang dia
ada..harta? nasibnya tak pernah berubah pun!”, hatinya berkata sombong.
………………………
Dia meraup
muka setelah memberi salam. Lalu tangannya di angkat separas dada, mukanya
dipaling ke atas. Berdoa dan memohon keampunan Allah. Terlalu banyak dosanya,
terlalu kerdil dia dihadapan yang Esa. Dia mengucapkan syukur atas nikmat yang
diberikan Tuhan padanya sekeluarga. Walaupun hidupnya tak berharta, tapi dia
bahagia.
Setiap hari dapat dirasakan rahmat Allah
melimpah ruah untuknya. Walaupun tak kaya, tak pernah lagi keluarganya
kebuluran. Masih punya rumah tempat berlindung, kudratnya masih kuat untuk
mencari rezeki. Badannya jauh dari penyakit dan hatinya selalu tenang.
Dia lebih
rela hidup besederhana daripada hidup kaya raya tapi angkuh dan sombong untuk
menyembah yang Kuasa. Buat apa hidup dalam kesenangan tapi tanpa keredhaan
Allah. Semoga Allah memberi petunjuk pada majikannya, Dato’ Husin.
Istidraj-
Allah memberi nikmat dan kesenangan tapi Allah tak meredhainya.
Ps: Dia dekat
dengan kita kalau kita selalu mendekatiNya….
5 rajin komen:
salam Eera :)
akak teringat story sorang kwn. Katanya setan2 dlm dunia ni pun ada pelbagai tahap. ada yg tahap askar rendah, ada yg general, ada sarjan.
jadi biasanya yg kuat iman akan di goda oleh setan yg berpangkat General. yang iman dia biasa2 je akan di goda oleh setan yg berpangkat askar rendah je..
Agak2 Dato husin tu kena goda setan pangkat apa ye? hehehe..
sntiasa la brsyukur walaupn kita tak rasa yg rezeki kita melimpah ruah mcm rezeki orng lain :)
dekat diri pada-Nya... insyaAllah...
kesenangan itu akan datang sendiri.... buat apa harta bertimbun kalau jiwa kosong tak perpenghuni....
kak eera..nice sharing sis..:)
ya, Dia dekat...:')
masing2 ada rezki sendiri cuma cepat atau lambat atau antara sedar atau tak je dgn rezki yg diberi tu...
=)
Post a Comment