4 tahun sekali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dulu2 masa bebudak lagi, aku ingat orang yang lahir 29 Februari ni umurnye naik 4 tahun sekali. maknanye, kalo sekarang 20, 4 tahun lagi baru 21 hihi..lepas tu aku jeles. nak lahir 29 Feb gak. lepas mak cakap tu baru paham. budak mentah bese ar kan..

ada sape2 sambut birthday hari ni? kalo ada hepi besday yek..sambut la bukan selalu..buat kenduri sekali hehe  ;)

Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Hati-hati dengan 302!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apecer abang dan kakak! (bajet kecik lagi) cam dah lama je kite tak update kan. agak2 dah 2 tahun kot. isy kite kecik2 dah pandai nipu..terok kan. kite malas nak update, bukak laptop pun malas sebab kite..isy malas la nak cakap..emm kite..emm kite (sambil garu kapla) kite buat ni hah...


dalam 2 hari gak la melayan novel ni (jadi dewasa). tak la 2 hari sangat sebab sempat baca malam je sebelum tidur. pulun la abes kan malam tadi. dah la pagi ada lab. cite ni best sangat!!

nah sinopsis: LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

dariKELABRAM 

bagi peminat RAM, takyah pikir ape dah.novel RAM memang sedap. takyah ragu2 dah. kalo yg taknah bace novel dia, cer la bace. kalo yg layan cite jiwang je, tak yah baca kang kate bosan pulak. kalo tak minat novel langsung, hendak ape hamba katakan lagi :p

cite kali ni lebih kurang macam Rahsia Perindu. cite tentang orang yang mengalami psikosis atau gangguan jiwa atau delusi dan seumpamanye. tapi bagi aku F302 ni tak mampu lawan Rahsia Perindu yang memang 'gila' abes tu. cuma kisah pembunuhannya lagi rumit. nak tau sangat sape dalang yang sebenar. 

ps: hati-hati dengan 302. padahnya hukuman mandatori gantung sampai mati..hehe..seram tak seram tak ^^


Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kite nak cakap terima kaceh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
AMARAN: Baca dengan gaya gedik, manja dan menggoda!

Thanx tangat2 kat kowang yang wish birthday kita semalam. kat pesbuk dan belog. kite suka tangat2.. kita tak rajin nak reply semua post kowang. bajet cam ramai tangat je yang post kat wall kite kan.kite ingat nak sebut semua nama tapi kan kite dah cakap tadi kita tak rajin. tak rajin je bukan malas tau.hikhikhok..

umur kite dah makin meningkat, so kite nak cube jadi muda la..comel kan kite..ape? tak comel..ala sedih la camni..nak nanes la :(


semalam kite tak makan kek pun. takde tiup2 lilin pun. takde belon2 semua. kite kan dah besar. tapi kita suka bila mak kite kol pagi semalam, pastu nyanyi2 lagu happy birthday kat kite. mak siap berduet lagi ngan abah. walopon sore dorang ke laut, pitching larik ke mana tatau, tapi kite hepi tangat. rasa nak lompat2 je!

mak cakap kite dah besar. abah cakap kite dah boleh tawin. mak cakap lagi abah tak sabar nak dapat menantu. haha jahat la abah kite kan. kite muda lagi. saje je tau hihihihi... 

ok. kite nak cakap maceh je terpanjang pulak.kbai! mmmuuaaahhh!! <3

ps: nak gitau semalam kite mimpi Yusry ngan Lisa pulak. kite jage anak Yusry. bile tah Yusry ade anak =.=

pss: nak muntah!

Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Syukur masih bernafas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi yang indah. bersyukur aku masih bernyawa. Alhamdulillah...Bila diimbas kembali 22 tahun yang lalu, hari yang sama cuma waktu aje berbeza, lahirlah aku ke dunia ni. Hadir ku melengkapkan cinta sepasang suami isteri yang baru setahun berkahwin.

di usia ini (tudia ayat karangan SPM) masih banyak lagi yang belum tercapai. aku masih belum mampu menjadi hamba yang baik, anak yang baik, kakak yang baik, kawan yang baik, isteri yang baik dan ibu yang baik. alamak terlebih sudah!

semoga Allah memberkati hidupku, meredhai segala pemberianNya, memudahkan urusan ku dunia dan akhirat dan menunjukkan aku jalan yang lurus juga memberi aku jodoh yang baik.. ahaks! sungguh pun hamba hanya pacal yang hina (ayat zaman Melaka pulak)

oh tak sangka aku masih muda. rasa muda. jadi muda. memang muda. kedutan di muka? tak ada!



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Lelaki idaman si gadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lelaki selalu cakap suka pompoan pakai tudung. tuntutan agama. suka pompoan pakai baju kurung. nampak sopan dan ayu.

tapi aku pulak suka tengok lelaki pakai baju melayu. segak dan nampak baik je walopon belum tentu baik haha..

penyeri blog :p

aku tau awek2 cun kat luar sana tu suka beno kat mamat Korea. mata sepet rambut kuning, merah,hijau, biru.. semua la. tapi bagi aku la, lelaki melayu la paling ensem. Lee Min Ho memang ensem, tapi Remy Ishak lagi ensem. Awal Ashaari lagi macho. Ashraf Muslim lagi suwit. Syahir lagi buat aku cair...tapi..tapi..abah aku lagi ensem tahap kuasa ke 44  (walopon boroi)  *_*

Aku sejak mimpi Remy Ishak cakap nak kawin ngan aku, asal nampak nama dia je tersenyum. kah2..gatai no. tapi dia pilih Tizz pulak. terpaksa la aku nyanyi Kisah Hati siang dan malam. bluekk!! ah...semua ni duniawi aje. hati budi dan iman tetap jadi ukuran si gadis ye dak? muka ensem/cantik hati buruk pe cer?

ps: dalam mimpi tu, Remy cakap dia ngan Tizz kembar je. Aish..kalo ler betul...



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kubur lain-lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Solat ko dah cukup ke nak nasihat kan orang?"

"Tak payah berlagak macam ustaz/ustazah la. Diri sendiri pun tak bagus"

"Jaga kubur masing-masing je la"

Biasa nampak kan kata2 ni kat Fb. Mungkin kat blog pun ada. semuanya sebab kita post status atau entri yang berkaitan agama atau pun nasihat.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

Kalo nak tunggu semua jadi sempurna, siapa yang nak tegur setiap salah kita. Kita bukan Nabi yang maksum- terpelihara dari dosa. 

kalo rajin, cer baca kat sini, cerpen Status yang diangkat ke langit


ps: kubur memang lain2 tapi yang nak kuburkan tu orang lain jugok..ke nak gali sendiri?



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Coretan buatmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Izinkan aku semadikan nama2 dorang dalam blog ni. Dan citer pun bermula……

Aku demam masa tu. Nak bangun tak larat….. “Ira, nah minum 100plus aku beli ni”. Roza memang suka belli kan aku 100 plus tiap kali aku demam sampai aku sihat. Lepas tu bising suruh aku makan ubat.

“Za, aku lapar la. Buat la nasi goreng”, kataku sambil usap2 perut dengan muka tak malu. Dia buat je. Dengan syarat aku potong bawang, aku tumbuk cili.ok deal!

Si Roza Liyana rumet masa tahun 1 & 2 yang prihatin…..

Aku sedih. Rasa cam nak nangis. Aku keluar billik (hostel), bawak tepon, dok kat tangga then call orang. “Qila, aku  sedih la”. Orang yang jauh beriban batu tu jawab, “Kenapa ni beb. Cer cite kat aku”.

Aqilah kawan dari skola tempat aku mengadu susah dan senang…

“Wani, nah ni aku bayar duit tambang tadi”. Masa tu baru balik merayap. Kalo nak jenjalan mana2 ajak je dia. “Eh, tak payah la. Berapa je pun”.

Tu la Zawani. Kawan skola yang pemurah walopon berasal dari keluarga yang sederhana….

Aku jarang nak kena selsema. Entah sape la yang sedekah virus kat aku ni. “Ko ada ubat tak ni? Mai ambik kat aku”, Nad ada aje bekalan ubat kat dia.boleh bukak farmasi dah kot haha..

“Kita kerja dulu, nanti kita apply master sama2”, bercahaya mata Nad sambil cakap tu. Semangat betul nak sambung Master. InsyaAllah ada jodoh berjumpa lagi kita.

Yang tu Nadiah, kawan satu course, mula rapat dari masa orientasi lagi….

Asal dah lama tak balik cuti, datang la sms, “Shera, bila ko cuti ni. Lama dah tak jumpa ni”, sender: Iki. Cakap rindu tapi dia jugak yang susah nak keluar sebab asik kerja je. Buat aku, Qila ngan Wani geram! Tapi katanya kitorang tetap tak dilupakan.

Si Fikkri, bekas ketua kelas yang tetibe emo tak tentu pasal...

Ini kisah aku dan kawan2. Tak ramai kan kawan aku. Ada tapi tak rapat. Ini mereka yang tahan dengan aku yang mood kadang tak menentu, yang suka bercakap tak tau nak berenti, yang suka merepek, buat lawak bodoh, yang banyak kekurangan. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat. Amin..





Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Generasi Y-suka menegur tapi sukar ditegur?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Generasi Y, satu rancangan bual bicara yang disiarkan di TV1 setiap hari Sabtu, pukul 2- 3 petang. Dihoskan oleh pengacara Muazanazzudin Mohamed (Muaz) yang ehem..hensem. ;)

apa jadahnya aku cakap pasal rancangan ni? well..aku tak pernah tengok pun sebelum ni. tapi promosi besar-besaran oleh Yuyu Zulaikha buat aku rasa nak tengok pulak. yela sebelum ni mana la nak pi tukar channel ke tv1 pulak. tv 1 boring. bagi aku la..banyak rancangan bual bicara yang agak serius.

tapi Generasi Y ni tak boring. pengacaranya yang.. lagi sekali, hensem dan pandai berceloteh, sangat konpiden dan kelakar buat aku tertarik pulak dengan rancangan ni. Dalam episod hari ni, si comel Yuyu tu dijemput sebagai salah seorang panel, dengan 2 orang lagi panel, Abang Raja (motivator) dan Dya (blogger). 


Yuyu yang Abang Raja panggil Yaya Boboiboi haha


best topik hari ni. pasal cara nak menegur orang lain. nak2 pulak zaman fb sekarang ni yang mana orang lagi suka tegur-perli-kutuk kat fb. Sejam rasa tak cukup nak dengar nasihat Abang Raja. best sesangat ler.. 

Abang Raja


Kata Abang Raja, kalo nak senang ditegur, kena rendahkan ego. nak rendah kan ego tu camne? berkawanlah dengan orang yang merendah diri dan tak ego. dan cara berkesan nak tegur orang, tegur la dengan lembut sambil sentuh orang tu. sentuh ek bukan raba hak2..ok gak aku tertengok rancangan ni. dapat tambah ilmu, dapat jamu mata kikiki..sambil menyelam minum air ;)

ps: boleh la nak tunggu cite ni lagi minggu depan



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Bahaya ke mandi malam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku suka sangat mandi malam especeli kalo kat rumah. mandi sebelum tidur memang best. tambah2 aku ni bukan yang jenis tidur awal. bukan saje2 tapi susah nak tidur. dah terbiasa dari kecik. bila mandi sebelum tidur, dalam pukul 11 macam tu, mesti mata cepat mengantuk. cepat pulak lena.eh, orang cakap mandi malam bahaya ek? rosak paru-paru? abah pun selalu tegur sampai dah tak lalu nak cakap apa dah. hehe..

tapi tapi..cer baca kat bawah ni dulu...maka ceritara pun bermula..eheh.........(keluar asap)

Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus".

“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam".


“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)”. mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
..........................(tirai di tutup)


ps: baru lepas mandi ni. ngantuk dah mai.....




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

BEN ASHAARI

Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?

> sebab aku nak tau apa yang kurang dalam blog ni. 
> nak korang komen cemna ngan penulisan aku dan kekemasan blog.

jom join segmen ni. hati mesti mau kental kalo nak dikritik hihi. kritik la dengan penuh sopan adab kemelayuan hehe..kritik ye bukan puji..adios..



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kami tak ada tempat berteduh!





Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Hatiku di Harajuku-sebuah percintaan berdarah


Sinopsis:

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.

Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.

Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

sumber: Alaf21



Sebuah kisah yang berbaloi untuk dibaca. Seperti novel2 RAM yang lain, HDH ternyata tidak menghampakan dan seperti biasa, jalan ceritanya sukar mau diramal. Sedikit kelainan, HDH agak berbeza dengan novel RAM yang lain kerana menjadikan cinta sebagai tunjang jalan cerita. Namun babak aksi dan pertarungan mewarnai cerita ini memandangkan ia sebuah kisah cinta antara yakuza. Percintaan berdarah! 

aku pun ada pedang samurai haha

Aku tertawan dengan kehebatan Ryu Watanabe sebagai seorang samurai. Sambil membayangkan aku ini Noriko yang amat dikasihi Ryu Watanabe.Hihihihi…Ryu Watanabe, lelaki hebat tapi kisah silamnya sangat pahit! aku rasa HDH antara buah tangan yang terbaik dari RAM walopun novel2nya yang lain tak pernah menghampakan.

Nota hati: semua orang berhak mendapat peluang kedua…



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kerja saat akhir-kebaikan dan keburukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah korang buat kerja last minute? Study last minute sebelum exam? Kalo pernah, tahniah! Korang memang sukakan cabaran. Kata orang, barulah thrill kan kan..

Tapi beragak jugaklah last minutenya pun. Kalau kerja tu agak susah dan banyak, buatlah awal sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukan apa, takut jadi gila bila kena abeskan semua kerja dalam satu malam. Tengok jugak kita paham ke tak, tau ke tak apa yang nak dibuat. Kang meraung pulak. 

Kelebihan? Masa ni lah idea mencurah-curah ke ladang gandum. Kalo buat awal2, asik blur je. Bila dah nak anta, macam2 idea keluar. Lagi, boleh buat senaman jari. Tahukan anda, jari-jemari anda juga perlu bersenam bagi mengelakkan osteoporosis. Jari2 korang akan menari-nari di atas kertas ataupun keyboard laptop tanpa henti. Tambahan pula, (macam karangan SPM) dapat membantu neuron di otak bersambung bila korang banyak berpikir. Makanya, otak korang akan bekerja setelah bosan dihadapkan dengan Facebook, Blog, game, movie dan sebagainya.

Last but not least, (macam esei BI) korang juga dapat menguji keupayaan diri bekerja dalam tekanan. Terbukti korang remaja yang sukakan cabaran! Barulah ada thrill beb! Haha ni semua adalah alasan yang nak menyedapkan diri sendiri :p

Keburukan? Korang mungkin mengalami masalah jiwa sebab terlampau stress. Jadi blur, mengelamun dan meraung. Korang akan ada masalah tidur (oh tu biasa). Keje yang dihantar pun mungkin kurang kualiti. Yang teruknya, korang tak tau nak buat apa, sangat terdesak sampai korang akhirnya terpaksa meng-kopipes keje orang lain. Paling teruk, korang tak siap dan tak sempat/terlambat hantar. Kahkahkah padan muka!



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Usahlah berpura-pura

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berapa lama seseorang tu mampu berpura-pura?

Ada yang cakap, kalau seseorang tu berpura-pura, lama2 nanti kita boleh perasan. Yela..selama mana je seseorang manusia tu mampu menyembunyikan sikapnya yang sebenar. Aku ada terbaca dalam satu buku yang menyatakan kalau kita nak tau sikap sebenar seseorang tu, tinggallah bersama dia beberapa hari. Kerana orang mampu berpura-pura cuma dalam 3 hari! Lebih dari tu perangai dia yang sebenar boleh nampak.

Errr..buku tu bagi tips kalau mertua nak tau sikap menantu yang sebenar. Tapi boleh je kan guna dalam apa pun situasi kan kan..yang penting, periksa dulu. Kang tak pasal2 dah tuduh orang. Keikhlasan adalah sesuatu yang kita tak nampak.

Ikhlas tu umpama semut hitam, atas batu hitam, di malam yang kelam.


Ps: aku benci si penipu….





Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Peristiwa penting 14 Februari perlu diingati setiap tahun


Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915.

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati. walaupun Leftenan Adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan regimennya.

diambik sebijik dari: blog ALL IN ONE 
(lebih detail di wikipedia)

Teringat dulu masa pi tengok FILEM LEFTENAN ADNAN kat panggung. peh menangis la jugak.. hargailah perjuangan dan pengorbanan wira2 kita. atas jasa dorang dulu kita mampu hidup selesa sekarang. semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah.....

ps: Valentine's Day? apa tu?




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Android is best!



ps: amacam blogger Zuan jadi tak nak beli hihi ;)


Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Keropok durian

tadi jumpe keropok durian ni kat kedai. bungkusannya dah kecik la. kecik la dari keropok bese. kedekot betol haha..


rasanye same tak cam dulu ek. ni la keropok peveret zaman hingusan dulu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bertimbang rasalah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau tak nak orang benci kita, janganlah sakitkan perasaan orang lain.
Kalau tak nak orang tipu kita, jujurlah dengan semua orang.
Kalau nak orang hormat kita, belajarlah mengormati diri dulu.
Kalau nak orang hargai kita, jadilah teman yang baik.

Pendek kata, kalau kita nak orang buat sesuatu kat kita macam yang kita nak, kita pun kenalah buat benda yang sama. Kalau kita tak suka orang buat macam tu, kita pun tak boleh buat macam tu kat orang lain.


Ps: kita takkan lepas buat silap…



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kenapa ambil dia dariku?

Kekadang Allah temukan kita dengan orang yg salah untuk menyedarkan kita hanya cinta Allah tu abadi. Allah juga pisahkan kita dari orang yg kita sayang supaya kita tau menghargai. Dia juga ambil orang yg kita sayang utk menyedarkan kita padaNya jua kita semua kembali.. #SA


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mencari Sinar Kasih Mu



Dia punya segalanya. Wang, harta yang berjuta, pangkat dan kuasa. Dia dikurniakan kepintaran dan kecantikan yang lebih daripada biasa. Dia punya keluarga dan teman yang menyayanginya. Namun, dia sentiasa merasakan ada sesuatu yang masih belum cukup. Seperti ada kekosongan yang perlu diisi. Hatinya tak pernah tenang. Perasaannya tak tenteram. Ke manakah perlu dirawat raja dalam tubuh tubuh itu?

Rakannya pernah berkata, kegelisahan itu berpunca dari sikapnya yang tak pernah menyembah Pencipta. Bibirnya tak pernah memuji Allah. Apatah lagi hatinya yang selalu angkuh mengatakan semua yang diperoleh adalah hasil dari usahanya sendiri. Bagi insan jahil sepertinya, dia menganggap tanpa beribadat pun hidup dia senang.

“Ah, Ahmad drebar aku tu tak pernah tinggal solat, selalu mengaji. Apa yang dia ada..harta? nasibnya tak pernah berubah pun!”, hatinya berkata sombong.
………………………

Dia meraup muka setelah memberi salam. Lalu tangannya di angkat separas dada, mukanya dipaling ke atas. Berdoa dan memohon keampunan Allah. Terlalu banyak dosanya, terlalu kerdil dia dihadapan yang Esa. Dia mengucapkan syukur atas nikmat yang diberikan Tuhan padanya sekeluarga. Walaupun hidupnya tak berharta, tapi dia bahagia.


Setiap hari dapat dirasakan rahmat Allah melimpah ruah untuknya. Walaupun tak kaya, tak pernah lagi keluarganya kebuluran. Masih punya rumah tempat berlindung, kudratnya masih kuat untuk mencari rezeki. Badannya jauh dari penyakit dan hatinya selalu tenang.

Dia lebih rela hidup besederhana daripada hidup kaya raya tapi angkuh dan sombong untuk menyembah yang Kuasa. Buat apa hidup dalam kesenangan tapi tanpa keredhaan Allah. Semoga Allah memberi petunjuk pada majikannya, Dato’ Husin.

Istidraj- Allah memberi nikmat dan kesenangan tapi Allah tak  meredhainya.

Ps: Dia dekat dengan kita kalau kita selalu mendekatiNya….




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Oh God, forgive me when I whine!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ahmad Bukhatir, Forgive me.

ni liriknya kalo ada yang tak boleh play video:

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

tiap kali tengok video ni aku menangis. masih ramai lagi yang tak bernasib baik. apa yang kita lalui tu mungkin tak seteruk orang lain. betul, segala penderitaan dan kesusahan kita hanya kita dan Dia saja yang tau. walopon ada yang bersimpati, ada yang cuba memahami, hakikatnya kita sendiri yang menanggungnya.

kita salahkan takdir, kita rasa hidup ni tak adil, rasa terbuang, rasa diri sangat lemah, rasa tak berguna. sedangkan kita tau hidup ni cuma tempat persinggahan. aku pernah rasa mau dipeluk, mau dipimpin bila lemah, mau disapukan air mata, perlukan bahu untuk bersandar. dan sampai hari ni, aku masih cari kekuatan..

untuk adik tersayang, Cik M awak sangat kuat lebih dari yang awak tau.. ;)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Cinta Perisa Dia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mengisahkan Hadif Imran, seorang penyanyi yang terkenal tapi masih belum berumah tangga. Walopun selalu didesak bondanya untuk mencari calon isteri, Hadif tetap dengan pendiriannya yang merasakan terlalu awal untuknya berkahwin apatah lagi karier seninya berada di kemuncak. Akhirnya tanpa pengetahuan Hadif, bonda mengadakan Rancangan Mencari Menantu yang dirancangkan bersama TV9 untuk mencari calon isteri Hadif.

Hadif, seorang lelaki yang penyayang dan pelindung disebalik sikapnya yang kelakar, sengal dan gila2 terutama apabila berkumpul bersama kawan baiknya yang sama2 membesar di rumah anak yatim, Fiqri dan Darwis. Aku tersenyum membaca keletah mereka bertiga. Bagusnya kalo ada artis macam Hadif ni, pandai menjaga batas pergaulan. Aku suka dengan watak Hadif. Sampai dah abes baca pun, tetap terbayangkan dia hihihihi… :p

Calon2 isteri Hadif juga ada macam2 watak dan sikap, dan ada antaranya seorang tukang cuci! Ada ustazah dan jugak model terkenal. Diakhir rancangan itu, hanya satu pilihan yang perlu dibuat. Siapa agaknya pilihan hati Hadif, ustazah, model atau si tukang cuci yang tak menyukainya?

“Perempuan zaman sekarang, nak kenal mana satu beras mana satu pulut pun susah” – Hadif Imran.

“Lelaki zaman sekarang pun suruh mengaji gagap, tapi cuba suruh masuk rancangan Jangan Lupa Lirik, bukan main lagi dihafalnya”. – Diana 

kalau korang suka cerita yang simple dan suwit, cer la baca novel ni ;)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Mega Blogwalking!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

haha ni pun nak tunjuk kan..entah pape


ni la akibatnya lama tak BW.. aku tak mau kira berapa banyak tabs tu haha..melampau kan..tapi baik pulak lappy malam ni. tak hang pulak..

korang aku bukan tak nak datang blog korang, tapi ada kekangan dan halangan..tudia ayat karangan SPM dah keluar. kbai!


Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Dia...hadiah dari syurga



Dia menatap wajahnya yang sedang lena diulit mimpi. Dia tersenyum, menikmati betapa indahnya wajah cinta hatinya itu. Sangat mendamaikan. Ditatap penuh kasih lalu dibelai penuh kelembutan. Diusap rambut dan dicium dahinya meluahkan cinta yang sarat di dalam jiwa.

Cinta hatinya hadir di saat dia tak lagi mempunyai apa-apa di dunia ini. Ketika semua yang disekelilingnya membenci, kekasihnya itu hadir bersama cinta. Bila mana dia merasakan takdir amat kejam terhadapnya dan merasakan hidupnya hilang arah tanpa tujuan, si dia menghulurkan tangan.

“Awak tak keseorangan. Saya sentiasa ada untuk menemani perjalanan hidup yang panjang ini. Biarpun lelah, saya sesekali takkan mengalah”, itulah luahan cinta hatinya di awal penyatuan mereka dulu.

Dia menyentuh lengan kekasih hatinya, dibelai penuh kasih. Kekasihnya itu tidak terganggu lenanya. Tangan itu dikucup dan digenggam. Kenangan lampau terbias di dalam fikiran. Sungguh dia tidak menyangka Allah telah menganugerahkan nikmat yang paling tak ternilai di penghujung penderitaannya. Benarlah kata-kata bahawa Tuhan itu tak pernah meninggalkan hambaNya keseorangan.

“Sekalipun satu hari nanti Allah mengambil saya semula, jangan bersedih. Saya selalu dalam hati awak, saya akan jadi bayang-bayang, mengikut ke mana saja awak pergi”, ikhlas katanya sambil tersenyum.

“ Tuhan, terima kasih kerana menyayangi diri ini. Aku bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk mencorakkan hidup ku kembali. Kisah semalam yang diselubungi kegelapan telah jauh kutinggalkan. KAU kurniakan aku cinta yang agung dan suci yang membawa aku mencari jalan ke syurgamu. Semoga cinta kami bersatu sampai ke syurga”, bisiknya sambil membelai wajah kekasihnya.

Sambil menyelak satu-persatu halaman cinta yang mereka cipta bersama di dalam fikiran, dia pun turut melelapkan mata, sambil meletakkan tangan kekasihnya di dada, dekat dengan hati. Malam semakin sunyi ditemani cahaya bintang yang mencorak kegelapan malam. 



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

cuti dah habis

Baru je sampai ganu pagi tadi. Sekejapnya cuti..tak puas la. Kena balik awal walopon sem tak mula lagi sebab minggu depan adq progress presentation for final year project.


Katil dah selamat dikemas. Perut je belum diisi hihi..cau cin cau..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pemandangan waktu malam- tepian pantai Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera.








pemandangan waktu malam..cantik kan. bukak pintu nampak laut, rasa cam tak nak balik. teringat impian masa kecik dulu nak berumah di tepi pantai.

aku tak sempat nak BW lagi...tunggu yek. rindu nak jengah rumah korang pulak. thanks kat korang yang masih setia dengan Masterpiece..cayang banyak2..mmmuuaahhhhhh



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Cuti bersama keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hujung minggu macam ni, seronok kalo dapat bersantai bersama keluarga kan. nak2 pulak jauh dari rumah, jauh dari kesibukan kota..haha macam la jauh sangat.

hari ni hari kedua kat Glory Beach Resort, Port Dickson. bercuti bersama keluarga aku dan keluarga mak cik ku, Busu. resort ni agak jauh dari pantai yang biasa aku pergi. terletak dekat tengah pusat bandar, tap masih di tepi pantai.

gambar kat bawah ni pemandangan yang boleh nampak dari balkoni bilik. cantik kan.. boleh nampak tak ada pelantar minyak kat tengah laut tu. malam lebih meriah dengan lampu2 yang begemerlapan









 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^